Kisah ini di ceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas
memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya
menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak di tuntut. Di
luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya
saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan berhati - hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,
badannya kecil dan berusia awal 20 - an.
Allah Maha Berkuasa.
Tiba - tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar
menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila
semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya - tanya. Saya terus
menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti - henti
membaca ayat - ayat suci Al - Quran. Detik demi detik berlalu, wajah
jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti
bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti
warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik
berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.
Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; Apakah yang sebenarnya telah
terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan
demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba - tiba saya dapati ada seorang
wanita berjalan menuju kearah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula
wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi?
Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan
saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. "Ustaz," Kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak di
tuntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan
lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga
wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain
penutup wajahnya. " Betulkah ini mayat anak makcik?" Tanya saya. " Makcik
rasa betul....tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul - betul." Kata
saya. Selepas di telitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang
mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak
kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya" Makcik, ceritakanlah kepada saya apa
sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak makcik bertukar menjadi hitam?"
tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak -
esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti
menyembunyikan sesuatu." Baiklah, kalau makcik tidak mahu beritahu, saya
tak mahu uruskan jenazah anak makcik ini." kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. sambil
mengesat air mata, dia berkata " Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan
taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat
sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah
pun. Dia memang anak yang baik. Tapi....." tambah wanita itu lagi "apabila
makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk
marahkan makcik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi kedai , dalam hujan lebat
pun dia akan pergi, tapi kalau di kejutkan supaya bangun sembahyang, anak
makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang makcik kesalkan." kata wanita
tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadia
nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya
iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan
sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah di aibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut
meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam
persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya
perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas ke esokan harinya sebagai
imam di Masjid Sultan Sallehudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua
tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk
menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang di
berikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara
Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, " Encik, kenapa encik biarkan orang tua
datang ke hospital seorang diri di pagi - pagi hari. Rasanya lebih elok
kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala
Lumpur lebih dekat dengan Klang." Pertanyaan saya itu menyebabkan dia
terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita
berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, pertuturannya serta
pakaiannya. " Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah
emaknya, tapi...emaknya dah meninggal dunia lima tahun lalu!" Saya terpaku,
tidak tahu apa yang hendak di katakan lagi. Jadi ' apakah' yang datang
menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata
sebenarnya saya yakin ia adalah ' seseuatu ' yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hinngga menyebabkan
wajah pemuda berkenaan bertukar menjadi hitam.
Peristiwa tersebut telah menjadi lebih setahun lalu, tapi
masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis
nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu
waktu dengan sengaja, dia akan di tempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
Bayangkanlah seksaan yang akan di lalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun ?
Sekian- *** Mati Hanya Sekali, Beribadat Ke Jalan Allah ***