Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi
bahasa,
sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga
ini
merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke
minyak,
ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan
macam-macam
lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya
elok,
pasti ada jugak yang busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa
mereka
dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah
sesama
sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik
mereka
yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari,
maka
berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya
sambil
menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan
mereka
telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini
berlaku di
depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu
dilakukan
oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan
orang
lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan
kesayuan.
Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik
perempuan
mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula
telah
lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba
menyelamatkan
si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan,
marilah
bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu
oleh
sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir
kelemasan di
tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan
yang
mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara
menyelamatkan adik
perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan."
Itulah kata si
abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh
dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa
menghiraukan
keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka
yang
semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang
berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba
sikit hormat
orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak
sangat tubuh
adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan
nafsu."
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan
terhadap
adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh
adik-beradik yang
lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba
mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si
adik yang tidak
puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh
abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang,
adik
berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang
dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua,
dirosakkan
khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda
pula
ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat
kununnya
tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram
mencabul adik
perempuan kami."
"Selamatkan adik kami yang kelemasan."
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut.
Dengan
harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan
mereka
semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak
ada
lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul
mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya
tergempar
itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini
seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang
mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah
adik kami
yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang
lain yang
membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi.
Dan
mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.
Adik
perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di
tengah
lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat
untuk
menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan
namanya.
catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun /
mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah