Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia
terpaksa
menumpang di rumah bapa mertuanya.
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan.
Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu
dah habis.
Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat
barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh...
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal
sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu...Waktu
maghrib seronok depan tv tengok roda impian...lepas tu sambung
tengok berita...lepas tu makan...lepas tu tidur..esok bangun pukul
8...pergi kedai kopi...bersembang, sampai tengahari. Balik makan,
kemudian tidur...petang pergi kedai kopi lagi...main dam, berborak
mengalahkan orang politik.
Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu
tak
berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi
anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam
mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia...dah lah tak
kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat..
"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...
"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan
oleh Samat...
Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi
makan lagi, dan lagi...dan lagi....
" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak-agaklaa..."
katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang
aku kuat makan" fikirnya dalam hati...tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak makan...hulur
lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia
dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini...)...kemudian bapa mertuanya
dapat melangkah hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?
Merah padam muka bapa
mertuanya...dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah
jadi
alim... tak tinggal sembahyang lagi...sekarang ni ada kat mekah
kerjakan umrah...Nak pergi haji belum ada seru...katanya laa...
Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika
untuk
kebaikan.