Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar,
pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan
tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita
manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di
kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan
dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (
parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas
tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas
otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan
otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak
otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit
dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu
kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara
automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu,
lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot
lagi. Selain dari! itu kita juga melakukan dua macam duduk -
pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua
jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang,
jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita
gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat
dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang
istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan
memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang
selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari
tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah
LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada
Manfaat