PENULISAN ILMIAH

 

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Berbantukan Teknologi komputer

Oleh MOHD. NOR B. ADNAN

KUMPULAN DEVLIN KOHOT 10

SM-WB 10 : 

Menggunakan ICT Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Menengah 

Yang Berkonsepkan Sekolah Bestari

 

 

Pengenalan

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap sains dan teknologi dari peringkat awal lagi.  Pendekatan yang diambil ialah memberi pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian seperti dalam bidang pertanian, komunikasi, pengangkutan dan binaan.  Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menangani sumbangan dan inovasi terkini serta menghargai sumbangan sains dan teknologi bagi kesejahteraan hidup. 

 

Integerasi Teknologi dalam pengajaran pembelajaran Matematik

Salah satu miskonsepsi tentang teknologi adalah menganggap bahawa teknologi adalah sebagai satu alat tambahan semata-mata dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan ramai guru menggunakan teknologi, khasnya komputer hanya sevbagai alat untuk melaksanakan kurikulum secara tradisional yang berasaskan subjek, berpusatkan kepada guru dan teknologi hanya sebagai alat pinggiran sahaja.

            Sewajarnya teknologi diintegrasi di dalam kelas yang melibatkan guru dan pelajar secara langsung. Bagaimanapun integerasi teknologi yang berkesan tidak berlaku dalam persekitaran pembelajaran yang menekankan pembelajaran bermakna. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berlainan harus dicipta agar guru tidak terikat dengan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

            Di dalam hal ini, guru sewajarnya bertindak sebagai pemudahcara kepada pelajar. Terdapat tujuh aspek utama yang mempengaruhi persekitaran pembelajaran yang bermakna:

a.                  Aktif

Pelajar terlibat  dalam pemprosesan maklumat secara bermakana… mereka menggunakan teknologi sebagai alat kognitif untuk mencapai matlamat tersebut.

b.                  Konstruktif

Pelajar mengintegrasi idea baru kepada pengetahuan sedia ada untuk membina makna. Mereka menggunakan komputer sebagai alat kognitif atau media mempertingkatkan wacana.

c.                  Kolaboratif

Pelajar bekerja sebagai suatu komuniti pembalajaran di mana setiap ahli komuniti ini menyumbang ke arah mencapai matlamat individu dan kumpulan. Teknologi digunakan oleh pelajar untuk menyokong kerja koperatif yang memudahkan kolaborasi.

d.                  Bermatlamat

Pelajar berusaha mencapai matlamat dan objektif kognitif mereka. Komputer membolehkan mereka untuk memperkembangkan cara mengorganisasi aktiviti dan tugasan ke arah mencapai matlamat dan objektif ini.

e.                  Berwacana

Pelajar akan memperolehi manfaat dengan menjadi ahli komuniti yang membina ilmu di mana pelajar saling bertukar idea dan saling membina pengetahuan masing-masing. Internet akan melanjutkan komuniti pembelajaran melampaui dinding bilik darjah

f.                    Berkonteks

Pelajar berdepan dengan tugasan pembelajaran yang terpaut dalam tugasan dunia sebenar atau yang disimulasikan melalui aktiviti yang berasaskan masalah. Perisian simulasi bila membina semula senario untuk dianalisis oleh pelajar.

g.                  Reflektif

Pelajar membuat refleksi tentang proses yang telah disempurnakan dan keputusan yang telah diambil semasa aktiviti pembelajaran dan menerangkan dengan jelas apa yang mereka pelajari. Hasilnya pelajar akan menggunakan kokmputer untuk menunjukkan apa yang mereka tahu

 

Penggunaan Komputer


         Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teacher's of Mathematics,1980) mencadangkan supaya matematik perlu mengambil peluang yang luas yang ditawarkan oleh komputer. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan
kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer (Lim, 1989). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang amat sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan hafalan. Pandangan ini dapat dikikis dengan penggunaan komputer.

            Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhauser, 1993: Henderson and Landersman, 1992: Chozon, 1988: McCoy, 1991: Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi seperti spreedsheet,multimedia dan internet.Penggunaan perisian seperti Mikrosoft-Excell, The Geometer's Sketchpad dan Logo menarik minat pelajar-pelajar terhadap Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan mudah dan berkesan. Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru.Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai
pemudahcara (fasilitator). Peranan ini boleh diambil alih oleh komputer. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi (PPK,1993:Jamaludin,1989). Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio ,teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd ).

Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Tho & Ng, 1994: Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin dan Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;

1.      memberi peluang kepada pelajar untuk belajar berdasarkan kemampuan masing-masing

2.      memudahkan dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik

3.      menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan

4.      membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5.      membantu pelajar mengulangi sesuatu pelajaran berulangkali

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris bersesuaian dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam matapelajaran matematik menjelang tahun 2003 nanti. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

  Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

·  Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

·  Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

·  Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

·  Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:

·         E – mail (Mel Eletronik)

·         Laman Web (WWW)

·         Internet Relay Chat (IRC)

·         Telnet

·         Kumpulan Diskusi dan Berita

·         File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):

Penutup

       Jelaslah bahawa, kaedah pengajaran dan pembelajaran sebelum ini yang lebih menekankan daya ingatan semata-mata perlu sedikit perubahan dengan menggabungkan keupayaan tersebut dengan penggunaan teknologi agar hasil yang diperolehi akan lebih bermakna lagi dalam hasrat melahirlkan pelajar bijak dalan ilmu pengetahuan tetapi mahir dalam pengendalian teknologi.
        Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna. Walaupun begitu, guru harus membantu pelajar untuk mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu self access, self paced dan self directed dan seterusnya menjayakan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari.

Rujukan

Cockcroft,W.H. (1986).Mathematics Counts,London:HMso

Eugene D.Nichols & Merlyn J.Behr (1923).Elementary School Mathematics and How to teach it.

Jean M.Shaw & Sally S.Blare (1998) Mathematics for Young Children.

KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana.Kuala Lumpur.

NCTM (1980.An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of 1980s.New York

Al Ghamdi, Y. A. S. (1987)." The Effectiveness of Using Microcomputers in Learning Algebraic Precedence Conventions". Doctoral Dissertation, Florida State University.

Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik oleh Tengku Zawawi bin Tengku Zainal.

            Nota, "Isu dan Trend Penggunaan Teknologi Dalam Matematik", Norjoharuddeen Mohd. Nor, Recsam

MENU UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1