DALAM DAN LUAR
TUJUAN : Aktiviti ini bertujuan untuk membimbing pelajar membina konsep tentang jumlah sudut pedalaman (JSP) dan jumlah sudut peluaran bagi sebarang poligon.
TOPIK BERKAITAN: Geometri
ARAS : Tingkatan 1
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Sudut pedalaman, sudut peluaran dan bentuk poligon
TEKNOLOGI DIGUNAKAN : Geometer's Sketch Pad (GSP)
ARAS KEMAHIRAN MENGGUNAKAN GSP : Sederhana
CADANGAN MASA : 1 jam
JENIS TUGASAN : Pembinaan Konsep
PENDEKATAN PEMBELAJARAN : Think-Pair-Share
TUGASAN MURID
Aktiviti 1
Aktiviti 2
Aktiviti 3
Aktiviti 4
PANDUAN GURU :
Tugasan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai perkaitan antara sudut peluaran dan sudut pedalaman sesebuah poligon dengan bilangan sisinya.
Pada mulanya, pelajar akan menyiasat JSP dan jumlah sudut peluaran bagi segitiga, sisiempat dan pentagon. Kemudian, pelajar akan meramalkan JSP dan jumlah sudut peluaran bagi heksagon dan menyemak ramalan mereka. Seterusnya, pelajar akan diminta membuat konjektur tentang perkaitan antara JSP dan jumlah sudut peluaran dengan bilangan sisi sesebuah poligon. Pada peringkat ini, diharapkan pelajar telah pun membina konsepnya tentang JSP dan jumlah sudut peluaran sesebuah poligon.
Perhatian
Sebelum aktiviti ini dijalankan, adalah disarankan agar pelajar telah memahami takrifan sudut pedalaman serta sudut peluaran suatu poligon.
Aktiviti 1.
Aktiviti 2
* Masalah yang mungkin timbul : mungkin ada pelajar yang menggerakkan bucu sehingga menghasilkan sudut pedalaman melebihi 180º. Ini akan menghasilkan Jumlah Sudut Peluaran yang melebihi 360 º dan JSP yang kurang daripada 360 º . Jika ini berlaku, guru boleh meminta pelajar memikirkan mengapakah perkara ini berlaku dan maklumkan kepada pelajar bahawa isu ini akan dibincangkan di akhir kelas.
Aktiviti 3
* Masalah yang mungkin timbul : mungkin sama dengan masalah dalam aktiviti 2.
Aktiviti 4
Pelajar yang bepencapaian rendah mungkin perlu dibantu untuk memerhatikan perkaitan antara n dengan JSP.
Jawapan yang diharapkan dapat ditemui oleh pelajar :
| Bilangan sisi poligon (n) | JSP | Perkaitan JSP dan n (dalam ayat anda sendiri) | Jumlah sudut peluaran |
| 3 | 180 | 360 | |
| 4 | 360
= 180 + 180 |
JSP adalah sama dengan 180 didarab dengan (bilangan sisi - 2
)
(mungkin pelajar menggunakan ayat yang berbeza) |
360 |
| 5 | 540
= 360 + 180 |
JSP adalah sama dengan 180 didarab dengan (bilangan sisi - 2
)
(mungkin pelajar menggunakan ayat yang berbeza) |
360 |
| (Baris-baris seterusnya boleh diisi oleh apa-apa poligon yang dipilih oleh pelajar) | |||
2. Ramalan yang dijangkakan daripada pelajar tentang heksagon adalah JSPnya ialah 720º dan jumlah sudut peluarannya ialah 360º.
3. Konjektur Guru (cadangan) : Jumlah sudut pedalaman bagi sebarang poligon yang bersisi n adalah hasil darab (n - 2) dengan 180º. Jumlah sudut peluarannya pula ialah 360º.
* CATATAN
1. Jika pelajar telahpun menemui masalah (keadaan) ini, ia boleh dibincangkan di akhir kelas sebagai lanjutan tugasan. Jika tidak, guru boleh meminta pelajar menarik (drag) salah satu bucu sisiempat atau pentagon dan mengajukan soalan kepada pelajar tentang mengapakah jika sudut bagi bucu lebih besar atau bersamaan 180 º , ia tidak mematuhi konjektur atau hasil penemuan mereka sebelum ini.
Fenomena 1 : JSP bagi suatu poligon akan kurang daripada JSP sebenar disebabkan kelemahan GSP iaitu ia hanya mengukur sudut yang kurang daripada 180 º bagi tiga titik, bukan sudut pedalaman sebenar yang kita inginkan.
Jika pelajar menghadapi masalah untuk memahami situasi ini, guru boleh membimbing pelajar untuk menarik ( drag) bucu C perlahan-lahan supaya pelajar dapat memerhatikan bagaimana nilai sudut DCB berubah bermula dengan sudut DCB kurang daripada 180 º , sehingga sudut DCB bersamaan dengan 180º, dan seterusnya sudut DCB kurang daripada 180º semula kerana GSP telah mengukur sudut di luar poligon seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah .

Fenomena 2: Jumlah sudut peluaran bagi suatu poligon akan menjadi lebih besar daripada 360 º , kerana bagi bucu yang mempunyai sudut pedalaman lebih besar daripada atau bersamaan dengan 180 º , sudut peluarannya telah termasuk ke dalam poligon dan menjadikannya negatif (ini adalah tafsiran yang kami buat , mungkin ada penjelasan lain yang lebih tepat) . Sudut-sudut peluaran bagi bucu-bucu lain pula semakin bertambah sehingga jumlah ketiga-tiganya melebihi 360º. Kita akan dapati, jika kita menolakkan sudut peluaran negatif tadi daripada jumlah ketiga-tiga sudut peluaran tersebut, hasilnya adalah 360º. Sila rujuk rajah di atas.
Pelajar mungkin menghadapi masalah untuk mencapai keputusan ini, tetapi guru boleh membimbing pelajar untuk memerhatikan bagaimana sudut peluaran bagi ketiga-tiga bucu lain, iaitu sudut E, F dan G bertambah sehingga jumlah ketiga-tiganya melebihi 360 º.
Guru boleh memulakan wacana di kalangan pelajar daripada kedua-dua fenomena ini.
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
a) Mengapakah untuk sisi empat dan seterusnya, JSP dan jumlah sudut peluaran tidak seperti yang dijangkakan?
b) Apakah pendapat anda tentang poligon seperti ini?
c) Bagaimanakah tafsiran kita terhadap sudut peluaran jika kita masih menganggap jumlah sudut peluaran bagi semua poligon adalah 360º?
Kita mungkin menerima kejutan daripada pelajar kita sendiri!
MENU UTAMA
LEMBARAN KERJA PELAJAR
CONTOH JAWAPAN PELAJAR