SIFAT DAN FALSAFAH MATEMATIK
Matematik adalah suatu sains tentang pola dan ia juga adalah suatu bahasa
untuk menjelaskan tentang pola dan perhubungan (Steen, 1993).
Sebagai sains, matematik melibatkan :
- pemerhatian, eksperimen, penemuan dan konjektur sebagai sebahagian
daripada amalannya.
- cuba-jaya, hipotesis dan penyiasatan, ukuran dan pengkelasan merupakan
sebahagian daripada hasil kerja tangan ahli matematik.
Untuk mengenali matematik seseorang perlu :
- menyiasat dan menyatakan perhubungan antara pola.
- mampu mengenalpasti pola dalam konteks yang kompleks.
- mampu memahami dan dan menjelmakan perhubungan antara pola
- mengelaskan, mengekod dan menjelaskan pola
- membaca dan menulis di dalam bahasa pola
- menguasai pengetahuan tentang pola bagi pelbagai tujuan praktikal
Oleh itu,
- seseorang yang terlibat dengan matematik akan mengumpul, menemui, mencipta
atau manyatakan fakta dan idea tentang pola.
- matematik adalah suatu proses yang kreatif dan aktif yang sangat berbeza
daripada penguasaan konsep dan prosedur secar pasif.
- fakta, formula, dan maklumat akan hanya mempunyai nilai jika ia menyokong
aktiviti matematik secara berkesan.
- walaupun terdapat konsep dan prosedur yang wajib diketahui oleh pelajar,
penerangan sepatutnya menekankan kepada pengetahuan matematik untuk memahami
dan berhubung, bukan sekadar mengira.
dengan mendedahkan prinsip-prinsip asas pola, matematik menjana minda yang
lebih efektif untuk menghadapi dunia sebenar.
Terdapat implikasi terhadap matematik sebagai sains dan bahasa pola :
- dengan menekankan matematik sebagai sains kerana ia melibatkan penerokaan,
eksperimen dan pendekatan konjektur untuk penyelesaian masalah.
- dengan mengenali matematik sebagai bahasa perniagaan dan sains.
- matematik merupakan jambatan di antara matematik tulen dan gunaan
- dengan menekankan matematik sebagai suatu proses dan bukan suatu set fakta,
ini akan jelas membuat pelajar lebih pengalaman untuk menghadapi masalah
sebenar.
- dengan memperjelaskan bahawa matematik itu adalah suatu kajian ke atas
pola dan bukan sekadar alat untuk pengiraan, pandangan ini menyokong
penggunaan kalkulator dan komputer sebagai alat untuk mengkaji pola.
- dengan mengenali pengetahuan yang praktikal hasil daripada pengalaman
menyelesaikan masalah, ini akan membantu membentuk kebolehan pelajar untuk
belajar. Pelajar-pelajar yang sedar akan penggunaan konsep tertentu
mempunyai asas yang kukuh untuk membina pengetahuan akan datang.
MENU UTAMA