PENYELESAIAN
MASALAH
DEFINISI:
Penyelesaian masalah adalah satu proses bagaimana individu menggunakan
pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahamananya untuk mengenal pasti
suatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan yang lazimnya berlaku.
Ianya digunakan untuk mencari jawapan berdasarkan pernyataan atau soalan yang
memerlukan suatu proses analisis dan sintesis.
Program pendidikan matematik yang seimbang bukan sahaja harus terdiri
daripada pembelajaran konsep matematik dan penguasaan kemahiran–kemahiran asas
matematik. Ia juga harus melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk
berfikir matematikal.
Untuk memperkembangkan kebolehan murid berfikir secara matematikal, murid
harus mempelajari matematik dengan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
kehidupan sebenar. Mencari cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah
kemahiran yang diperlukan di tempat kerja hari ini dan mungkin di masa akan
datang. Oleh itu salah satu matlamat pendidikan matematik adalah mengajar
kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Salah satu cabaran guru matematik ialah
memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi tertentu.
Penerimaan bermaksud seseorang individu harus menerima masalah itu.
Sekatan pula bermaksud cubaan awal seseorang individu untuk menyelesaikan
sesuatu masalah sepatutnya tidak berkesan mencapai penyelesaian awal. Penerokaan
adalah penglibatan peribadi individu dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu
masalah harus melibatkan mencari cara baru untuk menyerang masalah tersebut.
Secara ringkasnya penyelesaian masalah ialah apa yang anda buat bila anda
tidak tahu apa yang hendak dibuat. Penyelesaian masalah timbul apabila anda
berdepan dengan suatu masalah dan
anda tidak pasti cara bagaimana menyelesaikannya. Dalam penyelesaian masalah,
anda perlu memilih beberapa strategi yang sesuai untuk memperolehi penyelesaian.
Matlamat pendidikan matematik ialah untuk melahirkan generasi yang mampu
berfikir sendiri dan berkebolehan mencuba menyelesaikan sebarang masalah dalam
kehidupan sebenar. Oleh itu penyelesaian masalah mestilah dianggap sebagai satu
proses yang boleh diajar yang terdiri daripada teknik-teknik am yang boleh
digunakan dalam pelbagai masalah, situasi bermasalah atau subjek yang berlainan.
Fokus pengajaran harus tertumpu kepada berfikir , teknik dan proses yang
seseorang akan lalui dalam usaha menyelesaikan masalah.
Antara strategi-strategi yang boleh digunakan dalam penyelesaian masalah
ialah melukis gambarajah, senarai sistematik, menolak kemungkinan, logik matriks,
mencari pola, meneka dan menyemak, sub masalah, analisis unit, menyelesaikan
masalah berkaitan yang lebih mudah, perwakilan fizikal, berpatah balik,
gambarajah venn, algebra dan perbezaan finit.
KAEDAH DALAM PENYELESAIAN MASALAH.
KAEDAH POLYA.
A.
Analisa dan Fahami Masalah.
B. Mereka dan Merancang
Jawapan.
·
Mesti tahu menerangkan, di mana saja peringkat jawapan, apa
yang kita lakukan dan mengapa kita lakukan juga apa yang akan kita lakukan
dengan jawapan kepada operasi ini.
C. Meneroka Penyelesaian ini
kepada masalah-masalah yang lebih susah.
i) Pertimbangkan
sedikit pengubahsuaian daripada masalah sebenar.
ii) Pertimbangkan
pengubahsuaian yang besar daripada masalah sebenar.
MENGAPA PERLU PENYELESAIAN MASALAH
Dalam kehidupan seharian, kita sering menghadapi pelbagai jenis masalah dan
penyelesaian masalah-masalah itu dapat membantu kita berfungsi dengan lebih
berkesan. Oleh yang demikian kemahiran penyelesaian masalah merupakan satu
perkara yang asas dalam kehidupan kita.
Penyelesaian masalah boleh:-
JENIS-JENIS
MASALAH
CARA-CARA
UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
Kesimpulannya,
dapat dinyatakan bahawa penyelesaian masalah dan pemikiran kritis dan kreatif
mempunyai perkaitan yang rapat. Kedua-duanya saling bergantung di antara satu
sama lain. Ini kerana penyelesaian masalah memerlukan pemikiran yang kritis dan
kreatif menyelesaikan suatu masalah itu dan ianya mempunyai ciri-ciri pemikiran
aras yang tinggi yang berupaya untuk menangani sebarang masalah walaupun yang
rumit dalam kehidupan sebanar kita. Oleh itu, kita sebagai guru perlu banyak
menggunakan kaedah penyelesaian masalah dan KBKK dan sebagainya untuk
menghasilkan anak didik, sekali gus masyarakat yang unggul untuk menangani
sebarang masalah dengan cara baik dan berkesan.