PENYELESAIAN MASALAH
Berikut adalah perbualan antara Encik Chai dengan Cik Latifah di rumah Encik Chai :
En. Chai : Saya mempunyai tiga orang anak. Hasil darab umur mereka adalah 72 dan hasil tambah umur mereka adalah sama dengan nombor rumah saya. Apakah umur mereka ?
( Selepas keluar ke pintu rumah untuk melihat nombor rumah ... )
Cik Latifah : Saya masih tidak dapat mengesan umur anak-anak anda.
En Chai : Okay, saya berikan sedikit panduan lagi. Anak sulung saya suka makan coklat vanila.
Cik Latifah : ( selepas memikir dan mengira sebentar ) Ah, baru saya nampak ! ( dan dia terus sebutkan umur anak-anak itu ).
Apakah nombor rumah dan umur anak-anak En. Chai?
Penyelesaian :
Gabungan umur yang mungkin bagi anak-anak En. Chai serta hasil darab dan hasil tambahnya :
|
Umur anak ke-3, (a) |
Umur anak ke-2, (b) |
Umur anak pertama,(c) |
a x b x c |
a + b + c |
| 1 | 1 | 72 | 72 | 74 |
| 1 | 2 | 36 | 72 | 39 |
| 1 | 3 | 24 | 72 | 28 |
| 1 | 4 | 18 | 72 | 23 |
| 1 | 6 | 12 | 72 | 19 |
| 1 | 8 | 9 | 72 | 18 |
| 2 | 2 | 18 | 72 | 22 |
| 2 | 3 | 12 | 72 | 17 |
| 2 | 4 | 9 | 72 | 15 |
| 2 | 6 | 6 | 72 | 14 |
| 3 | 3 | 8 | 72 | 14 |
| 3 | 4 | 6 | 72 | 13 |
Setelah Cik Latifah melihat nombor rumah, beliau masih keliru tentang umur anak-anak Encik Chai. Ini kerana ada dua gabungan umur yang mungkin bagi anak En. Chai yang menghasilkan jumlah hasil tambah yang sama iaitu 14 (ditunjukkan dengan baris berlatarbelakang kuning).
Apabila En. Chai memberitahu tentang kegemaran anak sulungnya yang suka makan coklat vanila, maka Cik Latifah tahu bahawa umur anak-anak Encik Chai ialah 3,3 dan 8 tahun. Ini kerana anak sulung En. Chai bukanlah merupakan anak kembar kerana Encik Chai menyebut tentang anak sulung yang menunjukkan hanya seorang sahaja yang dimaksudkan. Lagipun biasanya anak kembar mempunyai citarasa yang sama, jadi tidak boleh disebut tentang seorang sahaja. Jadi gabungan umur kedua iaitu 2, 6, 6 tidak dapat diterima kerana ia menunjukkan anak sulung dan anak kedua adalah kembar.
Didapati bahawa nombor rumah En. Chai pula adalah 14.