PENULISAN ILMIAH

 

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Oleh HAIZA ASMAR BT. OMAR

KUMPULAN DEVLIN KOHOT 10

SM-WB 10 : 

Menggunakan ICT Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Menengah 

Yang Berkonsepkan Sekolah Bestari

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan buat keputusan.

 

OBJEKTIF

 

i.               Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan.

ii.              Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.

iii.            Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

iv.            Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan .

v.              Membina sikap dan nilai masa depan.

 

KAJIAN MASA DEPAN

-       Satu cara kita menyusun pemikiran

-       Satu cara kita menkonsepsikan kehidupan

-       Tindakan seharian serta jangka panjang

-       Keputusan yang kita akan ambil

 

RASIONAL PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

 

Pengajaran Kajian Masa Depan membolehkan murid mengambil cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan. Terdapat empat prinsip atau rasional mengapa Kajian Masa Depan diperkenalkan di sekolah iaitu:

 

         Prinsip Perubahan

Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang.

 

Prinsip Pandangan Jauh

Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat. Kejadian yang berlaku disesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran berpandangan jauh memberi perlindungan daripada kesan-kesan tersebut.

 

Pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada krisis tersebut.

 

Prinsip Perancangan Strategik

Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini.

 

Prinsip Pengupayaan

Remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tak dijangka.

 

 

 

“…What we can and must do is to give our students

an understanding of the most important issues, problems

and opportunities they may face, teach them the skills they

may face, teach them the skills they will need to continue

to look  ahead on their own; and prepare them to cope

 successfully with the dislocations and  stresses

of rapid change…..”

 

D.L. Kauffman(1976), Teaching The Future.

ETC Publication, Califonia.

 

 

KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN

 

Kajian masa depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang  yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis. Berikut ialah kemahiran asas yang perlu dibina:

        

a)     membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.

b)    menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan; dan

c)     menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

 

STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN DIBILIK DARJAH

 

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan pelajaran serta memberi perspektif yang bermakna untuk kandungan mata pelajaran.

 

 

Pendekatan umum yang boleh diambil:

 

Menggunakan matriks sepenuhnya

Semua unsur yang terkandung dalam matriks Kajian Masa depan diambil kira keseluruhannya dari aspek penglibatan guru dan pelajar.

 

Menyisipkan Kajian Masa Depan dalam Pengajaran

Unsur tertentu dalam matriks yang ada kaitan dengan mata pelajaran disisipkan dalam pengajaran atau teknik,alat Kajian Masa Depan digunakan sebagai sebahagian pengajaran dan pembelajaran sahaja.

 

Menggunakan Unsur-unsur Kajian Masa Depan sebagai Induksi atau Susulan Pengajaran.

Unsur Kajian Masa Depan digunakan sebagai rangsangan atau sebagai landasan menjalankan tindakan susulan bagi mata pelajaran yang diajar dan boleh dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran.

 

KESIMPULAN

 

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dilihat dalam pelbagai hasil projek yang diaplikasikan dan mengaitkan konsep Kajian Masa Depan dengan kehidupan seharian.

Idea yang kreatif dan inovatif dalam bentuk hasil projek, laporan esei, wawancara, folio dan sebagainya menunjukkan kebolehan pelajar dalam membuat pilihan, urutan dan pengambaran maklumat berkaitan masa depan.

 

Sikap suka bekerjasama dan mengelakkan konflik digunakan dengan penuh kewibawaan untuk meyakinkan orang lain membuat keputusan merupakan kesan dari pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kajian Masa Depan.

 

RUJUKAN

 

  1. D.L. Kauffman (1976). Teaching The Future. ETC Publication, California.
  2. R.A. Slaughter, Future Tools And Techniques. DDM Media Group, 1995
  3. Pusat Perkembangan Kurikulum (1999), Buku Pencapaian Guru Projek Kajian  Masa Depan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. http://www.worldfutures.org
  5. http://www.altfutures.com

 

   MENU UTAMA 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1