TUGASAN BERNAS

 

TUGASAN BERNAS

TAJUK:  POWER OF THE CHAIN!

TUJUAN:  Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membangkitkan perasaan  ingin tahu disamping dapat mempelajari sesuatu yang menarik. Pelajar juga  berpeluang  menjadi pengkaji dalam menjalankan penyiasatan dalam sesuatu yang ditemui dan dalam proses membuat matematik.

TOPIK BERKAITAN:  Nombor Kuasa Dua

ARAS:  Tingkatan 1

PENGETAHUAN SEDIA ADA:  -Menggunakan kalkulator

                                                         - Asas nombor kuasa dua

                                                         - Mengenal nombor dua digit

TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN:  Kalkulator

CADANGAN MASA:  1 Jam

JENIS TUGASAN:  Penyiasatan

PENDEKATAN PEMBELAJARANLearning-together

 

TUGASAN MURID.

AKTIVITI 1

1. Mulakan dengan sebarang nombor dua digit dan binakan satu rantaian menggunakan peraturan    menambahkan kuasa dua digit itu     

     

    Salin dan lengkapkan rantaian ini. Bagaimanakah kamu mengetahui bahawa rantaian ini telah lengkap?       berapakah bilangan sambungan (links) bagi rantaian ini?

2. Secara berkumpulan binakan rantaian yang bermula dengan sebarang nombor dua digit yang bukan merupakan sala satu sambungan daripada nombor 1 di atas. Adakah rantaian ini lebih panjang atau lebih pendek?

3. Apakah rantaian terpanjang berdasarkan bilangan sambungan yang boleh dibina daripada peraturan ini.

4. Berapakah sambungan yang terdapat pada rantaian terpendek berdasarkan bilangan sambungan yang boleh dibina daripada peraturan ini. Ada berapa nombor permulaan yang akan menghasilkan rantaian terpendek ini.

5. Cari sepasang nombor dua digit yang boleh menghasilkan rantaian yang sama panjang dan bandingkan jawapan anda dengan rakan-rakan sekelas anda. Nyatakan ada berapa pasangan nombor yang menghasilkan rantaian yang sama panjang.

6. Bersama kumpulan anda, reka satu peraturan yang berbeza.Cuba sendiri dengan menggunakan pelbagai nombor permulaan sebelum dipersembahkan kepada rakan-rakan yang lain.

7. Minta rakan-rakan anda untuk mengenalpasti peraturan-peraturan yang digunakan.

 

PANDUAN GURU

1. Agihkan lembaran kerja pada setiap kumpulan dan pelajar diminta melengkapkan rantaian tersebut.

2. Minta beberapa kumpulan menerangkan bagaimana mereka mengetahui bahawa rantaian yang dibina itu telah lengkap. Jawapan yang dijangkakan: rantaian itu berakhir dengan nombor 3 digit atau nombor satu digit, jadi peraturan itu tidak dapat digunakan lagi ke atas nombor terakhir ini.

3. Minta pelajar yang sama menyatakan bilangan atau sambungan yang telah mereka perolehi. Jawapan yang dijangkakan: 7 sambungan

4. Minta pelajar mrngagihkan kerja ini sesama sendiri secara bersistematik untuk mendapatkan rantaian terpanjang dan terpendek. Sepatutnya pelajar dijangka menemui rantaian yang paling maksimum ( 10 sambungan) yang mempunyai nombor permulaan 60.

5. Rantaian-rantaian terpendek terpendek pula mempunyai satu sambungan sahaja. terdapat Terdapat 21 nombor permulaan yang mempunyai satu sambungan sahaja (rantaian terpendek).

6. Jawapan yang dijangkakan untuk soalan 5 ialah 36. Pelajar mungkin perlu dibantu untuk memerhatikan nombor-nombor yang mempunyai digit yang sama.

7. Seterusnya setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan peraturan baru yang telah mereka perolehi. Minta pelajar  lain mencuba peraturan ini dan berikan pandangan/ komen mereka.

8. Setiap kumpulan dikehendaki bertukar-tukar lembaran kerja dengan kumpulan yang lain. Setiap kumpulan dikehendaki membuat pentafsiran tentang peraturan yang digunakan untuk membina ratain tersebut.

9. Setiap kumpulan diminta untuk memberi pandangan tentang berkenaan.

MENU UTAMA

 

 

 

 

 

 

 

                

           

Hosted by www.Geocities.ws

1