Oleh :
Loumin @ Adrian B Ambau
Peserta Kohot 10
Lebih sedekad yang lalu NCTM (Nationalof mathematicsa-1980)
mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas ditawarkan oleh
komputer.
Apakah integrasi teknologi dalam pengajaran
&pembelajaran matematik?
Membawa pelajar ke dalam makmal komputer sahaja tidak bermakna guru telah mengintegrasikan teknologi dalam pengajannya. Sering berlaku miskonsepsi tentang teknologi, ada yang menanggap bahawa teknologi itu adalah hanya alat tambah kepada yang sedia ada dalam kelas. Akibatnya ramai guru yang menggunakan teknologi teruatamanya komputer sebagai alat untuk melaksanakan kurikulum secara tradisional, berasaskan subjek, dan berpusatkan guru di mana teknologi hanya berperanan di pinggir sahaja. Teknologi hanya di integrasi apabila komputer digunakan dan melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti pembelajaran secara bermakna.
Mengapakah integrasi teknologi dalam
pendidikan?
Sistem bersepadu pelajaran berkomputer membantu menyediakan bahan kurikulum dan meningkatkan mutu pendidikan.Comil versi 2.6 telah dihasilkan sebagai penyimpaian perisian kursus dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan informatif. CAI ( Computer Assissted illustrations ) dapat meringankan beban guru dan pentadbiran sekolah dalam pemeriksaan jawapan objektif, penyusunan jadual serta menyimpan rekod guru dan pelajar.Komputer Aided Design ( CAD ) berperanan menghasilkan reka bentuk grafik.GSP ( GeometersSketchpad ) membantu dalam penghasilan gambar rajah geometri dan boleh mengukur lilitan dan sudut-sudut dalam bulatan.
Teknologi menjadi semakin besar peranannya dengan meningkatkan kecekapan dan perisian baru yang sesuai untuk P & P seperti ......
In the early 1980's, the possibility of using spreadsheets for relatively sophisticated mathematical task was explored (most notably by Deane Arganbright's Mathematical Applicants of Electronic Spreadsheets, McGraw-Hill, 1985 in O'Brien, 2000) and the possiblities of using spreadsheets as a tools for mathematics education was discussed in some circles. These days, spreadsheets have become increasingly sophisticated, and now routinely include signficant graphing capabilities as well as numerical capabilities. A recent very interesting publication is David Sjostrand's Mathematics with excel, Chartwell-Bratt, 1994.
Today's technology can offer adolescents a bridge from create to abstract thinking, enabling them to observe and create multiple representations of mathematical ideas, numerically, graphically and symbalically. For example, student can use geometric construction software to investigate the relationship between the circumference and diameter (numerical representation). They can plot the values and estimate a "best fit" (graphical representation). Student can then detmine the best fit equation (symbolic representation).
Finally, information technologies such as word processing, calculators spreadsheet tools and the internet can enable middle-grade students to begin learning higher communication and problem-solving skill-abilities that are essential to mathematical thinking (NCTM,1989).
As information technology is subsumed into the greater culture, it becomes more transparent, viewed simply as an implement to foster human achievement and communication. Technology in the classroom should play a similar role: as an everday tool that empowers students to explore and master important ideas and to develop valuable personal traits.
Integrating Technology into Middle School Mathematics (Northwest Regional Educational Laboratory, !998)
Apakah persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan
pengintegrasian teknologi?
Pengintegrasian teknologi yang berkesan hanya berlaku pada suatu persekitaran yang menekankan pembelajaran yang bermakna.dan tidak pada sebarang persekitaran. Persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk integrasi dapat dibina sekiranya kita memikirkan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada yang diamalkan oleh cara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru tidak akan berlaku secara berkesan. Integrasi hanya berlaku dalam kelas yang mengamalkan pengajaran pembelajaran berpusatkan pelajar dimana peranan guru sebagai fasilitator. Aspek utama yang menggalakkan persekitaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna adalah seperti berikut;
Pengintegrasian teknologi berlaku secara berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang menekankan pembelajaran bermakna. Ini bermaksud memikirkan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar di mana guru berperanan sebagai pemudahcara. Aspek utama pembelajaran bermakna ialah
- Pelajar menggunakan teknologi sebagai alat kognititf untuk mencapai matlamat tersebut.
- Pelajar mengintegrasi idea baru kepada pengetahuan sedia ada dengan menggunakan komputer media untuk mempertingkatkan wancana.
- Pelajar bekerja sebagai suatu komuniti pembelajaran menyumbang de arah mencapai matlamat dengan menggunakan teknologi untuk menyokong kerja koperatif yang memudahkan kolaborasi.
- Pelajar menggunakan komputer untuk memperkembangkan cara mengorganisasi aktiviti dan tugasan ke arah mencapai matlamat dan objektif.
- Pelajar membina ilmu pengetahuan dengan saling bertukar idea melalui internet.
- Pelajar berdepan dengan tugasan pembelajaran yang tersauh dalam dunia sabenar atau yang disimulasikan melalui aktiviti yang berasaskan masalah.
- Pelajar menggunakan komputer untuk menunjukkan apa yang mereka tahu semasa aktiviti pembelajaran diselesaikan.
Apakah halangan-halangan kepada pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran
matematik?
Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran matematik menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.
Kay (1990) merumuskan bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow (1991: 165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar seperti kementerian pendidikan.
Matlamat utama pengintegrasian teknologi adalah untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata.
Apakah kelebihan pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran
matematik?
Teknologi tidak mengambil alih tugas guru tetapi membantu memudahkan dan meringankan kerja guru dalam penyediaan P & P.Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993: Handerson dan Landerson,1972. Chazan, 1988; McCoy 1991; Al Ghandi; 1987) bahawa
- Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan lebih kompleks.
- Perisian komputer yang digunakan dalam pengajaran matematik dapat membantu pelajar memahami konsep matematik denganmudah dan berkesan.
- Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
- Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Penggunaan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet..html
Kajian Christie (1996) terhadap penggunaan e-mail dan
penerokaan maklumat dikalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa,
selain semangat belajar secara kumpulan,
para pelajar semakin mesra dengan teknologi ini dan senentiasa berusaha untuk
meneroka alam yang ditemui (virtual reality).
http://www.geocities.com/fnzdh/index16_1.ghtml
Norton dan Martin (1994) menyatakan suasana baru pembelajaran ini membawa perubahan kepada pelajar di mana mereka lebih mahir membuat kajian dan berfikiran secara kritikal.
Penutup
Teknologi boleh meningkatkan pencapaian pelajar dan memperbaiki iklim sekolah jika kita meletakkan penggunaannya di sebelah kanan kita. Tetapi, sekiranya penggunaan teknologi berlaku disebaliknya, kewujudan teknologi seperti komputer membawa lebih keburukan daripada kebaikan .Sistem bersepadu pelajaran berkomputer membantu menyediakan bahan kurikulum dan meningkatkan mutu pendidikan.Dengan hanya membekalkan perkakasan dan perisian semata-mata tidak akan menjamin integrasi teknologi maklumat ke dalam pendidikan pendidikan secara berkesan tanpa mengambil kira faktor kecenderungan pelatih atau guru untuk menggunakan teknologi (Selwyn, 1997)
Rujukan
http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet..html
http://www.geocities.com/fnzdh/index16_1.ghtml
DavidPiman,(1988); Mathematics, Teachers and children, Holder and Stringhton, London.
David Moursand, Tearcher's Guide to computer in the elementary school (La Grande, oregon: International council for computer in education.
NCTM. (1989). In F. O'Brien (2000), Using spread sheets in teaching mathematics, SEMEO-RECSAM.
Fey. (1998).In F.O'brien (2000),Using spreadsheets in teaching mathematics. SEMEO-RECSAM.