Penerokaan Matematik

Penerokaan matematik adalah suatu kaedah mengajar pelajar satu cara berfikir tentang suatu situasi yang mana berkembang menjadi suatu idea matemaik (tujuan pembelajaran yang berorientasi proses) dan bukan berasaskan kandungan.Penerokaan matematik melibatkan pelajar belajar cara menghadapi soalan-soalan (tak berstruktur yang bersifat terbuka), mengformulasi konjuktur, menilai kemunasabahan suatu penyata,membuat hujah yang masuk akal dan menggunakan contoh secara konstruktif. Ia juga melibatkan pemeriksaan suatu situasi, bermain-main, keinginan dan kecenderungan dan menyelesaikan suatu masalah.
Penerokaan matematik diajar kerana pelajar-pelajar tidak berkemampuan untuk berfikir bagaimana masalah itu diselesai. Kebolehan pelajar dalam penerokaan matematik memperkembangkan tabiat dalam mengerjakan teorem matematik dan pembuktian formal matematik. Melalui kaedah ini pelajar motivasi yang kuat dan kefahaman yang mendalam.
Cara penerokaan matematik dilakukan ialah membuat tekaan (atau membuat konjuktur), melibatkan melihat banyak contoh, bergantung kepada pengetahuan sedia ada, memperkenalkan terminologi yang bersesuaian, secara koperatif dan penyimpanan rekod.
Seeorang guru boleh mengajar penerokaan matematik dengan memilih satu situasi (permainan), pelajar bermain permainan tersebut, pelajar membina soalan berkaitan, pelajar menulis soalan-soalan berkenaan, pelajar menjawab soalan-soalan tersebut, pelajar membuat tekaan dan menguji tekaan, pelajar membuat generalisasi situasi yang diberikan dan menggalakkan pelajar bekerja secara koperatif.