Penyiasatan Matematik

Sebelum ini, isi kandungan matematik telah menjadi fokus tetapi kebalakangan ini proses pengajaran dan pembelajaran lebih diberi keutamaan. Penyiasatan matematik mampu memberi sumbangan melibatkan pelajar dengan matematik dan menyuntik satu semangat penyasatan dalam pengajaran kita. Penyiasatan matematik dijalankan dengan

>Suatu masalah atau situasi yang mudah yang pelajar boleh men7unjukkan kemajuan mereka.

>Penggunaan bahan manipulatif boleh mempertingkatkan kefaham dan mempercepatkan penerokaan sesuatu penyelesaian atau keputusan.

>Pelajar diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta berinteraksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar lain. 

Dalam penyiasatan matematik ia berpusatkan pelajar, melibatkan penggunaan proses (melibatkan kefahaman konsep, peraturan atau perkaitan), menjanakan aktiviti matematik dan menjanakan perbincangan matematikal. Penyiasatan seharausnya diintegrasikan dalam pengajaran matematik. Walaupun pada mulanya pelajar akan berasa pendekatan ini tidak serasi dengan idea mereka, tetapi perlu diberi peluang untuk berubah secara lembut dan perlahan. Guru harus bersabar dalam melatih pelajar dan harus cuba menarik perhatian dan minat pelajar terhadapnya. Dalam struktur pengajaran dan pembelajaran guru harus memberikan pertimbangan pengalaman kumpulan pelajar, kebolehan kumpulan pelajar, cara bekerja dalam kumpulan, isi kandung atau proses yang hendak diperkembangkan dan masalah yang hendak diselasaikan.

 Struktur pengajaran yang menggunakan pendekatan penyiasatan matematik ialah dengan mempersembahkan suatu situasi kepada kumpulan (kelas) dan menggalakkan sebarang idea yang timbul dan mencatatnya. Pelajar dibiarkan bekerja dalam kumpulan pada suatu masalah. berkongsi sebarang penemuan baru atau lanjutan kepada idea yang telah dicatat,bertanya soalan kepada kelas dan bekerja pada satu soalan yang dikenalpasti.

Peranan guru adalah amat penting dalam penyissatan matematik adalah mendengardan menghargai respon pelajar,menggalakkan agar pelajar membuat penjelasan dan justifikasi,membuktikan kebenaran, berjalan-jalan dan memerhati perlakuan pelajar, mendengar dan mencatat idea pelajar serta membuka kekusutan mereka dalam cara berfikir.

Peranan pelajar ialah membuat laporan dan membahagikan kepada tiga bahagian. Laporan pelajar haruslah mengandungi yang berikut;

1. Masalah atau situasi yang diberikan atau yang dihadapi.

2. Rekod yang jelas dan teratur tentang tindakan, soalan, konjektur dan hasil dapatan.

3. Justifikasi tentang qpa yang diperkatakan dalam bahagian kedua.

    Soalan-soalan yang ditemui tetapi tidak berkesempatan untuk disiasati 

Kembali Ke Sinopsis Kursus

Hosted by www.Geocities.ws

1