| NAMA PENUH |
Ning Baizura binti Sheikh Hamzah |
| NAMA PENTAS |
Ning, Ning Baizura |
| PEKERJAAN |
Penyanyi, Pelakon, Ahli Perniagaan, Penerbit Eksekutif, Penulis Lirik |
| MILIKAN PERNIAGAAN |
Ning & Associates |
| |
Artistes United Records |
| UMUR |
31 tahun |
| TARIKH LAHIR |
28 Jun 2975 |
| TEMPAT LAHIR |
Kajang, Selangor |
| STATUS PERKAHWINAN |
Belum berkahwin |
| PENDIDIKAN TERTINGGI |
Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Convent Kajang |
| LATIHAN PROFESIONAL |
Latihan Vokal dengan Siti Chairani, Latihan Muzik Biola (pernah menganggotai Simfoni Remaja Kebangsaan) dan Latihan Peragaan |
| IBU BAPA |
Sheikh Hamzah dan Satilah Abdullah |
| IDOLA MUZIK |
Maria Callas, Kiri Te Kanawa, Ella Fitzgerald, Barbra Streisand, Sting dan Luther Vandross |
| ANUGERAH |
Best Artiste Development di Voice of Asia 1992 |
| |
Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1994 |
| |
Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1994 |
| |
Lagu Balada Terbaik di Juara Lagu 1994 |
| |
Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1995 |
| |
Lagu Pop/Rock Terbaik di Juara Lagu 1995 |
| |
Penyanyi Wanita Pilihan di Anugerah ERA 2003 |
| |
Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2004 |
| |
Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005 |
| |
Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005 |
| |
Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005 |
| |
Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005 |
| PENCAPAIAN |
Memenangi Best Artiste Development di Voice of Asia pada usia 16 tahun, yang merupakan titik permulaan Ning dalam kerjaya sebagai penyanyi. |
| |
Memenangi anugerah Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik sebagai penyanyi baru - Ning merupakan penyanyi baru yang pertama mencapai kejayaan sebesar itu (turut memenangi anugerah Penyanyi Baru Wanita Terbaik). |
| |
Menduduki tangga No.1 selama 10 minggu berturut-turut dalam carta muzik stesen radio terunggul Singapura, iaitu Perfect Ten, menerusi lagu 'In Another Life' - Ning berjaya mengatasi lagu-lagu Inggeris antarabangsa. |
| |
Menjadi artis luar negara yang pertama mengadakan 'live showcase' di saluran Television Corporation Singapore (TCS). |
| |
Berduet bersama penyanyi legenda Julio Iglesias semasa beliau mengadakan promosi di Malaysia. |
| |
Mengadakan konsert secara besar-besaran yang pertama di Stadium Negara pada tahun 1996. |
| |
Membuat persembahan di Hard Rock Cafe Shanghai, Singapura dan Bangkok. |
| |
Membuat persembahan di acara 'Salute To Disney' di Gold Coast, Australia. |
| |
Merekod album Inggeris sulung dengan penerbit dan komposer terkenal Amerika Syarikat, iaitu Mark J. Feist. |
| |
Mengadakan konsert 'Best Of Asia in Concert' di kota London pada tahun 1998. |
| |
Membuat persembahan di World Streetball Challenge yang berlangsung di Paris pada tahun 1998. |
| |
Melancarkan album Inggeris kedua di Jepun, di bawah syarikat rakaman Jepun iaitu AMS Records pada tahun 2001. |
| |
Membuat persembahan di Peace Concert di Korea Selatan pada tahun 2001 yang diadakan untuk meraikan World Cup 2002 yang diadakan di Korea/Jepun. |
| |
Menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Ning & Associates bersama rakan perniagaan dan pengurusnya, Vernon Kedit-Jolly. |
| |
Mendapat pujian pengkritik filem menerusi lakonannya dalam sebuah filem pendek 'Malaikat Di Jendela' arahan Osman Ali. Filem pendek itu telah ditayangkan di beberapa festival filem seperti Cannes, Rotterdam dan Singapura. |
| |
Membuat persembahan di Golden Foot Awards 2004 yang disaksikan oleh Prince Albert of Monaco dan ratusan pemain bola sepak terkemuka dunia. |
| |
Mengadakan jelajah pertama di luar negara, iaitu di Itali dan Perancis menerusi European Summer Tour 2005. Ning berjaya mendapat sambutan yang baik serta liputan luas dalam media massa dan radio. Ning turut diundang untuk membuat persembahan di dalam satu acara ratu cantik di sana. |
| |
Mendapat pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2005 melalui wataknya dalam filem 'Ladyboss'. |
| |
Memenangi empat anugerah AIM dalam Anugerah Industri Muzik 2005 - kemenangan terbesar Ning dalam kerjayanya. |
| |
Menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, iaitu Artistes United Records yang mempunyai dua artis naungan, iaitu Nikki dan Yanie. |
DUTA PRODUK
|
Sony Truvox (1992), Avon Cosmetics (1993), Guess? (1994-1999), Kenwood (1995), Salem Cool Planet (1996), Adidas (1996-1998), Phillips Savvy (1998), Royal Brunei Airlines, Malaysian Formula1 Race (2003-2004), Singapore Tourism Board (2004), Time dotNet Berhad (2004 - 2005), SsangYong Motors (2003 - kini) |