-- ZIANA ZAIN --

Bagai Gahara

Hadir tidak bermimpi
Jernih riaknya laksana permata
Duhai angan benarlah
Bersih kalbunya ku lihat gahara

Andai satu suratan
Bagai telapak berganti teratak
Kerdil diri menyaksi
Restu ditemu ku dakap mengharum

Dulu mengharum di jiwa
Suara memanggil menggoda
Belum terasa aku sedia
Sebenarnya hati mendambanya

* :
Hadir mu bak suria
Kamar gelap nan bercahaya
Hadir mu bak kasturi
Harum wangi ke hujung hari

Gahara bagai gahara
Permata indah di jiwa
Gahara bagai gahara
Tercipta ada mistiknya

Kasih nian abadi
Titis di mata umpama cerita
Tidakkan ku merela
Mesti sekuntum menduga di mata

Alam berkembang menguji
Seteru terkenang pedoman
Tebar fikiran membaca kasam
Indah bukan pembuka jalan

( Ulang Rangkap * )

Gahara bagai gahara
Permata indah di jiwa
Gahara bagai gahara
Tercipta ada mistiknya

Putih lagi bersih tulus jiwanya
Jernih Lagi suci tidak tercela

( Ulang Rangkap * )

Gahara bagai gahara
Permata indah di jiwa
Gahara bagai gahara
Tercipta ada mistiknya

( Ulang Rangkap * )

( Lagu : Pak Ngah - Lirik : Ce' Kem )


Berpisah Jua

Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biar ku memujuk biar ku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi daya ku korbankan
Ada kehambaran cuba ku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cuba ku tahan
Berpisah jua

Kerana cinta ku dan kasih ku
Airmata ku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadap mu
Telah dibuang ketepi

Kerana janji mu dan sumpah mu
Airmata ku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu pegangan ku
Telah dilupa segalanya

Kecewa terkilan aku
Berpisah jua
Berpisah jua

( Lagu : - Lirik : )


Bersama Akhirnya

Pudar sudah sinar cinta
Yang dulu terasa kehangatannya
Mungkin ia dugaan semata
Atau berakhirnya cinta yang kita bina

Termenung dalam gelisah
Ku dakap potret cinta ini
Terimbas kini
Di memori ku
Masa kita bersama cinta

Dalam rindu ku genggami
Warkah cinta itu
Yang penuh duka
Tercoret kata memilukan aku
Membacanya dalam gementar

Antara kita
Tiada bahagia
Kemesraan ini menduga waktu
Meniti hari-hari
Tiada persamaan
Mengapa kita teruskan
Menipu diri

Walau dirintang segala derita
Untuk kekasih kan ku korbankan
Jiwa dan raga
Aku serahkan
Bersama kita akhirnya

( Lagu : - Lirik : )


<-- Previous Next -->
[ Y ] [ Z ] [ A ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1