-- XPDC --

Hentian Ini

Di hentian ini
Tertinggal dalam kesunyian
Di hentian ini
Bersama bayang menjelma

Kau nyalakan cinta
Terbakar jiwa yang begini
Kau curahkan rasa
Hanyut di lautan api

Sedang aku berkelana
Pahit manis aku rindu
Hingga aku diasyikkan sejuta mimpi
Sebuah mahligai impian
Akan ku turuti
Walaupun aku tak tahu lagi kemana arahnya
Tak ingin aku hancur sendiri dimakan waktu
Kau di mana jua
Terdamping di dalam hati ku
Kau apa pun kita Tetap di hentian ini

( Lagu : JS Kevin - Lirik : JS Kevin )


Hidup Bersama

Di tepi pantai yang indah
Ku duduk seorang diri
Suasana sepi

Teringat dikau di waktu malam
Wajah mu selalu ku terbayang
Pada mu wahai sayang

Aku tetap merayu
Pada dewi puspita hati ku
Ku tidak lupa akan janji ku
Di waktu pertemuan
Kita dahulu
Hidup bersama disamping mu

( Lagu : Salmah Basiron - Lirik : Salmah Basiron )


Langsung Tak Faham

Kata hari ini
Kotakan janji usah ditangisi
Hidup yang sementara
Sekelip berubah
Sekelip berubah
Penantian ini kehausan
Kerana aku sedang di padang pasir

Perjalanan jauh tanpa tafsiran
Itulah pedoman
Tidak kira waktunya tiba
Masih geraknya bermula
Gerak bermula
Gerak bermula

Dan aku juga
Sama-sama mahu mengerti maksudnya yang nyata
Ianya terselindung
Oh... di dalam bayangan

Perlukah..
Perlukah kau pertahankan segala dosa
Kerana semua itu
Ada waktunya
Ada waktunya
Di mana janji kan tiba
Kan tiba
Di kala fajar pun mula menyingsing
Dan menutupi malam
Meratapi sukarnya dari mana hadirnya

Perlukah..
Perlukah kau pertahankan segala dosa
Kerana semua itu
Ada waktunya kan tiba
Fajar kan menyingsing yang menutupi malam
Meratapi oh susahnya
Dari mana hadirnya

Perlukah..
Perlukah kau pertahankan segala dosa
Kerana semua itu
Ada waktu-waktunya kan tiba
Di mana janji ada waktunya
Aku tempuhi
Dan aku tempuhi

( Lagu : - Lirik : )


Masih Ada Semangat

Apa yang dilihat terus begini
Itulah akibat suka menanti
Apakah yang perlu
Perlukan kau mengizinnya
Apa perlu bimbang
Ada nasibnya lagi

Tunggu apa lagi masa dah habis
Harus dihentikan bila kau yakin
Semua orang hidup
Semua tak mahu mati
Itu masing-masing
Menilaikan sendiri
Lagi satu hari tambah usia
Rambutnya yang hitam bertukar warna
Masih belum sedar
Masih belum lagi teringat
Kerana ketakutan
Menghantui dirinya

Kerana aku
Kau terus bersemangat
Kerana engkau
Bersemangatlah aku
Di mana istilah rasanya mengheret hati
Dalam bencana ke arah tujuan
Tujuan kita itu

Kerana aku
Kau terus bersemangat
Kerana engkau
Bersemangatlah aku
Istilah kehidupan di manakah letaknya
Rasanya mengheret aku ke dalam bencana

Itukah adanya
Warna-warna yang indah
Menghunus senjata
Dengan semangat yang ada
Kerana aku
Kau terus bersemangat
Kerana engkau
Bersemangatlah aku
Di mana letaknya istilah kehidupan mu
Rasanya mengheret aku ke dalam bencana
Kerana aku
kau terus bersemangat

Wooooooo
lalalalalalalalalalaa

( Lagu : - Lirik : )


<-- Previous Next -->
[ W ] [ X ] [ Y ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1