-- WAYS --

Keranamu Suhaila

Ke mana di sini atau di sana
Atau bagaimana lagi
Harus aku membuktikan cinta ku setia
Perlukah penambahan peraturan yang telah sedia ada
Kita sama-sama menanti menunggu hadir saat itu
Bilakah datangnya pasti akan menjelma
Untuk ku huraikan satu persatu
Kekusutan yang mencengkam kalbu

* :
Kerna mu Suhaila
Akan ku tunggu sampai bila-bila
Hingga kini aku tetap setia
Walau pun hebat dugaan dan juga rintangan melanda

Kerna mu Suhaila
Perasaan ku resah tiba-tiba
Ayu senyum mu terbayang di mata
Bicara aku bukan palsu bukan dusta
Bukan pura-pura
Kau memang ku rindu

* :
Sakit pinggang aku (memandu)
Dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru
Untuk kita bertemu (bersua)
Sesekali pabila cuti hujung minggu
Tak pernah ku jemu

( Ulang Rangkap * dan ** )

Bil talipon aku (dahulu)
Pernah mencecah hingga RM Satu Ribu
Oleh kerana mu (Suhaila)
Aku sanggup berkorban apa-apa saja
Asal kau bahagia
Penat tidak terasa
Bekerja dari pagi hingga lewat senja
Oleh kerana mu (Suhaila)
Semakin bersemangat aku untuk berjaya
Di dalam kehidupan

( Lagu : Lan Dengkil - Lirik : Norazwa )


[ V ] [ W ] [ X ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1