-- TYCO--

Saat Ku Pejamkan Mata

Tika ku putus harapan
Kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur
Kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup aku sempurna
Tika ramai yang membenci
Ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji
Kau mengerti
Masaku bukan hanya milik kita
Tetapi 'tuk dikongsi semua

* :
Andainya kau tiada, aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupan ku
Oh Tuhan ku tolonglah, beri ku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat aku dipejamkan mata ku

Kau beri ku kekuatan
Bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cinta mu
Aku yakin akulah jejaka yang paling bertuah di dunia

( Ulang Rangkap * )

Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mata ku
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ

Oh Tuhan ku biarlah dia di situ menemani diri ku
Saat daku pejam mata ku

Diri ku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila ku melamar katalah "Iya"
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku 'kan ikhtiar terbaiknya untuk mu

( Lagu : Norman/Yusry/Edry - Lirik : Norman/Yusry/Edry )


Sandiwara

Setelah sekian lama
Tak pernah ku tertanya
Mengapa cerita mu begitu sempurna
Tanpa rasa curiga diri mu ku terima
Dengan ideologi menghina mencaci
Dari mu ku belajar bersikap kurang ajar
Wahai tok guru ku kau racun minda ku
Namun aku tersedar terlewat dari masa
Aku sudah terkena

Keliru ku keliru
Fikir segala yang berlaku

Kata mu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya
Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara
Putih kau jadikan kelabu hatiku menjadi harubiru
Aku jadi boneka mu dalam sandiwara itu

Setapak langkah aku dua tapak kau maju
Minda ku kau baca bagai sebuah buku
Kau buat ku percaya apa ku nak percaya
Hidup ku kau atur bagaikan catur
Bila yang benar kau kata sandiwara
Tapi yang sebenar kau bijak putar fakta
Bukan sahaja itu tapi yang lebih pilu
Kau pecah belah ummat ku

Keliru ku keliru
Fikir segala yang berlaku

Kata mu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya
Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara
Putih di lautan hijau aku seumpamanya dipukau
Aku jadi boneka mu dalam sandiwara itu

Kau beriku ku informasi
Tafsiran yang tersendiri
Dan demi kepentingan diri
Yang kanan kau kata kiri
Hingga ku benci benci benci pada semua
Kerna itu aku sanggup menderhaka
Kau telah meracun minda
Ku gagal lihat yang benar
Nasihat orang tua ku ingkar
Kerana kau ku buat ku percaya
Mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar

Kata mu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya
Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara
Putih di lautan hijau aku seumpamanya dipukau
Aku jadi boneka mu dalam sandiwara itu

( Lagu : Norman/Yusry/Edry - Lirik : Norman/Yusry/Edry )


<-- Previous
[ S ] [ T ] [ U ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1