Kegelisahan di dalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan
Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafas ku kabur pandangan mata ku
Amat tersiksa diri ku
Kerana kehilangan mu
* :
Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup ku sedari
Kau tak kan kembali
** :
Pemergian mu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih ku perlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka
( Ulang Rangkap * dan ** )
( Lagu : - Lirik : )