-- SOHAIMI MEOR HASSAN --

Misteri Cinta

Kau bertanya pada ku
Mengapa aku sangat mengasihi mu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sisi

Bagaimana harus ku hulurkan
Dengan kata misteri cinta
Kerna Tuhan saja
Yang tahu jawapannya

Andainya aku mampu gambarkan kepada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan ku lukis sebuah lukisan
Dan aku tulis novel cinta kau dan aku

Kau bisikkan pada ku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Ku fahami cinta suci ku

( Lagu : Sohaimi Mior Hassan - Lirik : Sohaimi Mior Hassan )


Ros

Kasih ku tersenyum
Bagaikan bunga
Mengisyaratkan cinta
Dengan airmata

Kasih ku tertawa
Dan bergurau senda
Kerlingan matanya
Pun menikam sukma
Oh Ros

Cinta pun bersemi
Tak mampu ku hindari
Mekar dan mewangi
Menghalau sepi

Aku pun kerinduan
Menggununglah harapan
Agar berpanjangan
Bersama mu puan
Oh Ros

Bila tak bertemu
Fikiran ku terbuntu
Rebahlah aku
Terkulai dan lesu

Di saat bersua
Sesama bercanda
Ada-ada saja
Bahan bercerita
Oh Ros

Kasih ku cemburu
Menambat hati ku
Aku pun setuju
Biarlah begitu

Walaupun beribu
Yang datang merayu
Cinta ku hanya satu
Subur segar di hati ku
Oh Ros

( Lagu : Sohaimi Mior Hassan - Lirik : Sohaimi Mior Hassan )


<-- Previous Next -->
[ L ] [ M ] [ N ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1