-- TAN SRI DATO' S M SALIM --

Satu
( Feat. Zainal Abidin )
Bila ku dengar
Irama lagu yang satu
Hati bertambah sayu
Terkenang kampung halaman ku

Nah! Di sini ku berdiri
Kau akan melalui
Ku pernah merasai

Ahh.. Garam pernah ku rasa
Intan dengan permata
Sudah dapat dibeza
Kematangan mu juga nampak dewasa

Langit yang ku junjung
Bumi yang ku pijak
Irama rentak lagu
Tiada bezanya

Ikutilah rentak ku
Hayati irama
Berganding kita bersama

Kini kita berdua
Megah meranjau masa
Engkau dan aku sama
Tiada sempadan usia

Jejak dan langkah ku
Kekadang keliru
Menangis tiada lagu
Tunjukkanlah haluan
Agar tidak tertunggu

Hey! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang
Langkah kiri dan kanan
Bersama tiada bezanya

Hey! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang

( Lagu : - Lirik : )


Sayang Musalmah

Ahai... Sayang Musalmah
Sayanglah Musalmah
Manis bersanggul
Dipandang cantik
Dipandanglah cantik
Berserilah seri

Sayanglah Musalamah
Sayang Musalmah
Manis bersanggul
Dipandanglah cantik
Dipandanglah cantik Musalmah
Berserilah seri

Emas berkoyan bolehlah dipikul
Ahai.. Musalmah
Boleh dipikul
Sanggupkah puan
Sanggupkah puan menanggunglah budi

Dipandanglah cantik
Dipandanglah cantik
Menawan hati
Ahai.. Tumpang bertanya
Tumpanglah bertanya sayang
Hendak ke mana
Dipandang cantik
Dipandanglah cantik.. sayang
Menawan hati
Ahai.. Tumpang bertanya
Tumpanglah bertanya sayang
Hendak ke mana

Jangan selalu menanggung budi
Ahai.. Musalmah
Menanggunglah budi
Keraplah kali
Keraplah kali jadi bencana

( Lagu : Tradisional - Lirik : Tan Sri Dato' SM Salim )


Selamat Tinggal Bungaku

Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri

( Lagu : Johar Bahar / Ahmad Wan Yet - Lirik : Johar Bahar )


Sri Siantan

Pucuklah pauh delima batu
Sri Siantan.. ala sayang
Anak sembilang tangan di tapak tangan
( 2X )

Biarpun jauh beribulah batu
Sri Siantan..
Hilanglah di mata jangan di hati jangan
( 2X )

Kalau lah tidak selendang bali
Sri Siantan.. ala sayang
Serinditlah makan muda si ladalah muda
( 2X )

Kalaulah tidak kenanglah sekali
Sri Siantan
Kenanglah sedikit juga adalah juga
( 2X )

( Lagu : Tradisional - Lirik : Othman Zainuddin )


<-- Previous Next -->
[ R ] [ S ] [ T ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1