-- TAN SRI DATO' S M SALIM --

Cinta Dulu Cinta Sekarang

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Ala.. cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dipegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh poya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang diidam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalu nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumahtangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya kita
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya

( Lagu : Tan Sri Dato' SM Salim - Lirik : Tan Sri Dato' SM Salim )


<-- Previous Next -->
[ R ] [ S ] [ T ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1