-- SITI NURHALIZA --

Nian Di Hati

Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati

Berlumpur intan seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang
Angin menderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun

Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata ku tak terbendung
Dikau ku sanjung cinta suci terulung
Di jiwa ku semakin ranum

* :
Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji diikat teguh berdiri

** :
Lafazlah sejujur hati mu
Setulus halusnya budi mu
Damai mu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi

*** :
Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasih mu beraja di hati
Kasih ku bertakhta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cinta mu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman umpamanya gurindam
Meresap di hati yang rawan

( Ulang Rangkap *, ** dan *** )

Kasih mu berada (di hati)
Kasih ku bertakhta (di jiwa)
Walaupun tiada di mata
Cinta mu tetap sebati

( Lagu : Azmeer - Lirik : Azam Dungun )


Nirmala (Yang Tidak Ternoda)

Dicipta kan seorang insan
Lembut hati bak redup pandangan
Pabila berkata
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan
Aduhai

Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Telah mekar hati seindah purnama

Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu ada kala meracun imannya

Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama

Siapa menyapa bagai pelita
Arah yang menghilang tika gelita
Duhai kasih bulan saksi
Tatap tidak ditatap kotakan di dada
Yang terdetik temukan sang cinta

Angin pun mula bercerita
Semesta nyata terpedaya
Kekasih tak berbahasa
Getir fikir derita mengharap suara

Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa

Nun dari sana telah turun berbicara
Sang kesuma bidadari syurgawi

Sesungguhnya berkasihlah di antara manusia
Perindah segala kata-kata
Bahagia itu janjinya
Mengapa cipta sengketa
Rentaslah jalan terbuka tanpa dusta

Telah teguh di garis karma

Telah jauh berkelana entah di mana
Ada rasa hanya kuntum kasihnya
Khabar itu merelakan perjalanannya
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya
Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama
Dipujuk segala rajuk
Sepi rindu adakala meracun imannya

Biar panas membakar
Biar ranjau mencabar
Hati mekar seindah purnama

Tangis bagai gerimis
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa

Tangis bagai gerimis (Hadir penuh kasih)
Hati bak tasik pedih
Cuba cari hakikat
Temukan azimat (Demi kata janji)
Kasih gundah gerhana
Diam tak berirama (Satu nan abadi)
Gusar tambah gementar
Tak tertanggung rasa

( Lagu : Pak Ngah - Lirik : Ce' Kem)


<-- Previous Next -->
[ R ] [ S ] [ T ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1