Diri mu persis bintang terbit dari langit
Bukalah mimpi-mimpi ku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawa ku pulang berteman pelangi
* :
Kamar hati ku hiasi biar cantik biar baru
Semuanya kerana mu
Ku yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cinta mu
** :
Ku susur langkah melayarkan hari indah
Bersama mu
Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri
Ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
*** :
Akan ku jaga
Seluruh jiwa ku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas dari genggaman ku
Biar ku lamar sahih diri mu
Menjadi ratu beradu dalam pelukan ku
Kejora ku bersatu
( Ulang Rangkap *, **, *** dan *** )
( Lagu : M Nasir - Lirik : M Nasir )