-- SAFURA --

Andang Cinta Ku Menyala
( Feat. Ezad Exist )

Ku dengar suara mu sayang memanggil-manggil nama ku
Ku dengar sendu mu sayang
Di sudut anjung rindu ku
Di ruang memori bisu

Ku tahu kau tersiksa meronta-ronta jiwa mu
Bila kita tak berjumpa
Bila rindu tak bersatu

Begitulah juga aku
Siang malam menunggu
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dengan mu
Berpisah dengan mu sayang

Oh.. dunia ini tiada berarti tanpa diri mu
Bila kau tiada ku rasa gelisah
Oh.. dewi hati ku gemala hati
Yang ku rindui
Cinta ku ini hanyalah untuk mu

Ku sayang pada mu sepenuh hati
Ku cinta pada mu pujaan hati
Ku sayang pada mu sepenuh hati
Ku cinta pada mu pujaan hati

Biar berkocak air di kali
Biar berledak si gunung api
Namun rindu tetap bersemi
Andang cnta ku menyala-nyala kembali
Andang cinta ku menyala merah menyala

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke Muara
Bersakit-sakit dahulu
Mencari sinar bahagia
Andang cinta ku menyala ( 4X )

( Lagu : Eddie Hamid - Lirik : Man Toba )

Cinta Bersulam Dusta

Bukan niat ku kekasih meninggalkan mu
Namun hati rasa pedih dipermainkan mu
Kita memang berkasih memang bercinta
Namun hati ku merintih ku tak bahagia hidup dengan mu

Jikalau dulu akulah segalanya
Kau tatangi ku aku tempat bermanja
Namun mengapa engkau berubah
Jadi duri hidup ku
Mudahnya engkau mempermainkan cinta
Manis di bibir rupanya sandiwara
Tinggallah aku sendirian di sini menangis tak berlagu

Cinta bersulam dusta
Airmata ku jatuh ke riba
Ku rawat jiwa yang meronta
Hapuskan sengsara

Tiada guna menangis ku pujuk hati ini
Ada baiknya aku berlalu terus berlalu
Ku cuba dan ku cuba melupakan diri mu
Dan menolak engkau dari mimpi ku

Bukan niat ku kekasih meninggalkan mu
Namun hati rasa pedih dipermainkan mu
Kita memang berkasih memang bercinta
Namun hati ku merintih ku tak bahagia
Hidup dengan mu....... hidup dengan mu

( Lagu : Eddie Hamid - Lirik : Man Toba )

Cinta Tak Perlu Di Rahsia

* :
Sekian lama kita lari
Sembunyi di alam nyata
Masing-masing pun berpura
Menutupi rahsia terpendam di dada

** :
Tiada siapa duga
Tiap hari kita jumpa
Sebak dada mengenangkan
Cinta tidak diucapkan

*** :
Kalau ku turutkan hati
Telah lama kita tanpa batas
Cinta bukan tidak mengenal dosa
Ku masih begini
Mengharapkan kenyataan
Bahawa engkau akan datang
Memberitahu hubungan kita ini
Pada dia sahabat mu
Bahawa cinta tak perlu dirahsia

( Ulang Rangkap ***, *, ** )

( Lagu : Lan Laga - Lirik : Syazwan )


Dian Asmara

Telah ku cuba untuk melupakan diri mu
Telah ku cuba menghilangkan semua rasa rindu ku
Biarpun terpaksa menelan kepahitannya
Namun aku rela dari menanggung siksa

* :
Biarpun aku cinta
Cinta kepada mu
Biarpun aku sayang
Sayang pada mu

** :
Bila orang dah benci
Apa guna ku nanti
Ku bagai lilin membakar diri
Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Ku sangka engkau benar-benar sayang
Rupanya aku didustai

*** :
Pergilah kau pergi sayang
Andai itu yang kau mahu
Rela aku menderita
Asalkan kau bahagia

( Ulang Rangkap *, **, dan *** )

Telah ku cuba untuk melupakan diri mu
Telah ku cuba menghilangkan semua rasa rindu ku
Biarpun terpaksa menelan kepahitannya
Namun aku rela dari menanggung siksa

( Lagu : Eddie Hamid - Lirik : Man Toba )


Dulu Sayang Kini Benci

Jika aku terpaksa sehidup memendam rasa
Tentu engkau pun tahu sebabnya hatiku terluka
Cubalah kau fikirkan kesilapan dirimu
Tanpa belas kasihan menyiksa di batinku

Dulu aku kau sayang
Kau menyintai ku sepenuh hatimu
Dan berjanji takkan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan kau melayan ku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu....

Hanya kerana engkau ada yang lain
Tergamak engkau mudah berpaling
Sengaja engkau mencari sebab supaya kita berpisah

Dalam terdesak keluh kesah bertakhta
Akhirnya kita terpisah jua
Agar mudah engkau bersamanya
Setelah ku tiada

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini kekasih ku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat

Aku kau sayang kau menyintaiku sepenuh hatimu
Dan berjanji tak kan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan kau melayan ku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu....

Biarku membawa diri
Kemana saja menurut hati
Susah payah aku sendiri
Airmata jadi saksi

Hanya pada Tuhan tempat ku mengadu
Semoga terubat hatiku
Bukan mudah untukku lenyapkan
Oh.. derita ini.....

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini kekasih ku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat

( Lagu : Eddie Hamid - Lirik : Man Toba )


Next -->
[ R ] [ S ] [ T ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1