-- NOOR KUMALSARI --

Ke Mana Ku Bawa Diri

Ke manakah kan ku bawa hati yang rindu
Hilang sudah tiada lagi tempat mengadu
Rasa hati sunyi sepi sedih memilu
Mungkin hanya awan mendung yang berlalu

Ke manakah haluannya ku bawa diri
Mengapakah suasana hening menyepi
Tiada kata berirama yang mesra lagi
Entah bila pula suria menyinari

Oh Tuhan tunjukkan berilah harapan
PadaMu aku serahkan
Semoga cahaya bersinar kembali
Penuh erti hidup ini

Apa daya aku hanya insan biasa
Doa restu kupohonkan pada Yang Esa
Penuh rasa menantikan harapan tiba
Bahagia mungkin akan jadi nyata

( Lagu : - Lirik : )


Kerana Janji

Jinak merpati sukar dipikat
Taburkan mari si buah padi
Andaikan janji sudah terikat
Bagaikan tali tersimpul mati

Ada yang berjanji sehidup semati
Bersumpah setia sejiwa
Ke lautan api sanggup direnangi
Begitulah madah berbunga

Selasih tumbuhnya di tepian
Jambangan indag memikat
Berkasih bukannya hai mainan
Kenangan sepanjang hayat

Kerana janji membawa bersama
Lantaran kasih tak setia
Pabila janji sudah terlaksana
Barulah cinta mu sempurna

( Ulang Semua Rangkap )

Kerana janji membawa bersama
Lantaran kasih tak setia
Pabila janji sudah terlaksana
Barulah cinta mu sempurna

( Lagu : - Lirik : )


Lagu Dari Kamar

Dari kamar ini
Ku memandang keluar
Suasana sepi
Seakan mencabar

Mengapa pengucapan
Tidak lahir dibibir
Seandainya berhadapan
Mudah ku tafsirkan

Sepi mengajak ku
Renungi lembaran mu
Ku ulang membaca
Surat bermakna

Indahnya bahasa mu
Tersusun kata kata
Kau berkias mencuri hati
Didalam seni

Aku pun mencuba
Menciptakan madah
Sayang bagai ada
Yang tak kena

Ku mencuba lagi
Menulis puisi
Ku sendiri
Tak mengerti

Dari kamar ini
Berdiri dijendela
Aku menyaksikan
Kumbang dan bunga

Sepi mengajar ku
Menulis surat rindu
Sebarisan ayat yang mudah
Kaulah yang ku cinta

( Lagu : - Lirik : )


<-- Previous Next -->
[ M ] [ N ] [ O ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1