-- M NASIR --

Raikan Cinta

Berapa dalam harus ku gali tanah ini
Harus ku gali
Untuk bertemu permata nilai sejati
Nilai sejati

Baru ku pulang ke kampung sentosa ku
Baru tercapai segala maksud ku

Perahu ku menghala ke hulu
Kuala jua ku sua
Jua ku sua

Kau lihat aku
Aku pula lihat dia
Samakah kita

* :
Kesana kemari lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawar ku raikan cinta
Tanpa cinta Nya kita tiada
Mawar cinta mawar ku abadi
Cinta Pemilik segala jadi

** :
Mari mawar ku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawar ku sejati
Cinta Pemilik segala jadi

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : M Nasir - Lirik : M Nasir )


<-- Previous Next -->
[ L ] [ M ] [ N ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1