-- M NASIR --

Dalam

Jika kita tak mahu melihat
Dalam diri yang tersirat
Kita akan dizalimi
Mainan dan muslihat

Jika kita terusan berserah
Pahala akhirnya menjadi dosa
Pabila kecewa menimpa kecewa
Kita jatuh tak berdaya

Dalam dalam dalam dalam tersimpan jawapan
Dalam dalam dalam dalam satu kebenaran
Dalm dalam dalam dalam diangan-angankan
Dalam dalam dalam dalam tersimpan jawapan

Ke mana arah kau hadapkan rindu mu
Ke sana cinta sedia menyambut mu
Biar kau kirim ke sempadan khayal mu

Dalam dalam dalam dalam tersimpan harapan
Dalam dalam dalam dalam satu kekuatan
Dalam dalam dalam dalam didambakan
Dalam dalam dalam dalam tersimpan harapan

Dalam dalam dalam dalam
Dalam dalam dalam dalam
Dalam dalam dalam dalam
Dalam tersimpan
Dalam tersimpan
Dalam tersimpan... angan...

( Lagu : M Nasir - Lirik : M Nasir )


Dari Kekasih Kepada Kekasih

Entah berapa kali ku coba
Membohong hati ku ini
Hebat dilanda rindu pada mu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tak pernah abadi
Dan terlalu cepat ia berlalu
Pabila digiring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis titis ehsan
Kini ku sangat terdesak
Untuk memiliki mu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa sisa hidup ku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

( Lagu : M Nasir - Lirik : Nurbisa )


Dua Insan

P : Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu pada mu oh! sayang

L : Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersama mu
Walaupun jasad mu jauh
Namun hati mu dekat selalu

Walau duri halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidup ku bagai
Dalam Syurga

P : Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh! sayang

P/L : Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

P : Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Tentu jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta pada ku

L : Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

P : Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan pada mu oh! sayang

P/L :
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Lagu : M Nasir - Lirik : M Nasir )


<-- Previous Next -->
[ L ] [ M ] [ N ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1