-- LEMON-T --

Bunga Cinta Dusta

Hadir mu umpamanya suria pagi
Bersinar di sebalik kabus senja
Tika dayung bertemankan sepi
Airmata ku kutip bak mutiara

Siapa kata aku tak kasih sayang
Kepadamu ku luahkan harapan
Ku nyalakan benih asmara
Bunga nista menokhtah cinta

Dalam diri ada cinta
Di dalam cinta ku ada rindu
Dalam rindu ada sayang
Di dalam sayang ada hempedu

Dalam hati ku menangis
Luka lama berdarah kembali
Engkau pergi meninggalkan
Ku di sini kelemasan
Kerana kau ku menangis
Oh... Hanya kau yang mengerti
Sengsaranya ku di sini

Ku relakan impian ku ini
Sangkut bersangkut jalin berjalin
Ku biarkan tersimpul
Hingga akhir hayat nanti

( Lagu : Eddie Hamid - Lirik : Afiq Syahmi )


Cinta Setulus Hati

Sekiranya aku yang bersalah
Ku pohon maaf dan tunduk mengalah
Demi cintaku yang telah ku lafazkan
Tak rela berkecai ke bumi

Nuranimu bagaikan samudra
Yang sering gelora dan berolakan
Sedangkan aku bagaikan pantai usang
Setia menantikan cintamu

Mengapa perpisahan yang sering kau pintakan
Sedangkan ku masih menyintaimu
Tidakkah kau rasa seperti yang ku rasa
Cinta setulus hati pasti

Ku kalungkan sejambak kasturi
Agarkan mewangi
Di kamar hatimu kekasih selamanya

Nuranimu bagaikan samudra
Yang sering gelora dan berolakan
Sedangkan aku bagaikan pantai usang
Setia menantikan cintamu

( Lagu : Samri Amri - Lirik : Azam Dungun )


Kekasih Ku Diambil Orang

Biarlah aku luah segala
Pahit getir yang ku pendamkan
Semoga terkikis sayang
Sengsaraku kerana mu

Dahulu pernah engkau berjanji
Kan setia ke akhir hayat
Kita merancang bina mahligai
Atas dasar cinta suci

Dari hari ke hari
Semakin sayang pada mu
Apa saja yang kau mahu aku turutkan
Kau pinta ku jujur selalu dan setia bersamamu
Walaupun ada kalanya hatiku kau guris

Sedangkan aku menunggu hari yang paling bahagia
Kau pula merubahkan fikiran
Mudahnya kau memutuskan hubungan
Sedangkan kau belum tunaikan impian kita

Hari ini kau gembira
Mungkin esok kau berduka
Ku berserah pada Tuhan
Menentukannnya

Dahulu pernah engkau berjanji
Kan setia hingga ke akghir hayat
Kita merancang bina mahligai atas dasar cinta suci

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Juwie )


Kerana Janji

Biarpun tidak ku ucapkan kau masih ku kenang
Walau lama tak bertemu
Senyummu... wajah mu terbayang di mataku
Biarpun hanya seketika mesranya terasa
Sekilas hampir ku terlupa
Di antara kau dan aku ada dia

Ku tak mengerti mengapa terjadi begini
Sekian lama diriku terpenjara menangis tanpa suara
Lantaran berpegang pada janji semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai
Ikatan itu sempadan menguji kesabaran
Malang di dalam nya aku terkorban

Ku tak mengerti mengapa terjadi begini
Sekian lama diri ku terpenjara menangis tanpa suara
Lantaran berpegang pada janji semua ku batasi
Namun pengorbanan tiada dihargai
Ikatan itu sempadan menguji kesabaran
Malang di dalam nya aku terkorban

Andainya kau mendahului bertakhta di hati
Mungkin hidupku berseri tak seperti ini
Terpenjara kerana janji

Mungkinkah
Mungkinkah...

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Habsah Hassan )


[ K ] [ L ] [ M ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1