-- KRISTAL --

Ku Membisu

Cerita hidup mu
Yang penuh berliku
Menginsafkan diri ku
Debu tinggal debu
Terkulai layu tanpa doa restu
Mengidam kasih merawat rindu

Mungkin kau perasan
Ku hanya terdiam
Sepanjang luahan
Jujurmu oh sayang
Suka ku di sini berterus-terang
Sungguhnya dalam ku sedang berperang

* :
Rasa nak ku dakap kau dalam pelukan
Tiada kekuatan
Takut ku pula yang tidak sanggup
Bercerai badan
Sehingga membebankan Oooo.....

** :
Meronta-ronta batin ku
Mahu memiliki jiwa
Setulus jiwa mu
Tapi mengenangkan siapa aku
Ku membisu

( Ulang * dan ** )

Diorang tu ( Lagu : - Lirik : )

Seragam Hitam

Ku suka kau suka
Nak tunggu apa
Kepala dah layan
Mata dah kenan
Masam manis pedas
Sesedap rasa
Tinggal kau nak kunyah

Ku cinta kau cinta
Nak tunggu apa
Apa nak jadi.. jadi
Live and let it be
Ku suka pakaian
Seragam hitam
Kau pun suka busana yang
Serba hitam

* :
Itulah satu petanda
Jiwa kita sama dan serupa
Nak tanya siapa lagi
Kalau bukan hati mu sendiri
Zaman kini serba pantas
Lambat sikit kita kan dipintas
Takkan nak sampai mimpi
Baru nak kau pasti

** :
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat

( Ulang * dan ** )

( Lagu : - Lirik : )



-- REBEL --

Akustika Alam

Bersendirian merenung alam yang misteri
Kelihatan sang unggas salin riang
Berterbangan burung bebas di angkasa
Bertebaran megah
Mengibarkan sayapnya

Air sungai yg mengalir
Mengikut arusnya
Menyembunyikan seribu satu rahsia
Dan terhimpunlah segala urusan dosa
Menahan siksa perbuatan manusia

Ketenangan ku kecapi
Bahagia ku rasa
Dengan tarian pancawarna
Keheningan senja
Dan malam pun menjelma.. aa
Menampakan serinya
Dengan ribuan bintang bercahaya

Oh Tuhan yang Esa
Ku himpunkan doa
Ku syukuri rahmat
Yang diciptakan olehNya
Kekal kan ia dengan bentuk asalnya
Ku merayu
Jangan hapuskan dia sebelum tiba masanya

Oh indahnya pancaroba
Luas tak terkira
Bebasnya ku rasa
Oh dunia ketenangan
Bahagia ku rasa
Dengan tarian pancawarna
Keheningan senja
Dan malam pun menjelma.. aa
Menampakan serinya
Dengan ribuan bintang bercahaya

Oh Tuhan yang Esa
Ku himpunkan doa
Ku syukuri rahmat
Yang diciptakan olehNya
Kekal kan ia dengan bentuk asalnya
Ku merayu
Jangan hapuskan dia sebelum..
Oh Tuhan... oooo.. yeaaa..
Kekal kan ia dengan bentuk asalnya
Ku merayu
Jangan hapuskan ia sebelum tiba masanya

( Lagu : - Lirik : )

*** Page 53 ***

<-- Previous Next -->

[Lyrics Index] [Main Index]


Hosted by www.Geocities.ws

1