Tiga purnama sudah ku bertapa
Pulau Sembilan, Gua Panglima
Waris pusaka tujuh keturunan
Penuh kebatinan menanti seruan
Harimau menjelma berkilau taringnya
Merah menyala memburu mangsanya
Harimau menjelma bak pisau taringnya
Menghidu semangat, ilmu dan darah muda
Mahaguru turunkan ku
Segala ilmu mistik dan kekebalan mu
Mahaguru izinkan ku
Untuk beradu kuasa mahaguru
Lidah ku bagaikan terasa-rasa
Darah merah hangat lawan derhaka
Jantungnya pula ku jadikan sisa
Apabila yang ku murka binasa
Jika turutkan hati Izrael kau kan temui
Tapi bukan itu ku pelajari
Pantang larang mahaguru
Takkan ku ingkar hanya kerana mu
Panji berkibar api membara
Mentera dilafaz langkah dibuka
Tegap perkasa berurat waja
Deria ke enam pelengkap ku di dalam
Harimau tercabar gemuruhnya musuh
Pantang dicemuh ku mengamuk merusuh
Harimau beraksi, berani berdiri
Adat bertarung kau hidup atau kau mati
Mahaguru turunkan ku
Segala ilmu mistik dan kekebalan mu
Mahaguru izinkan ku
Untuk beradu kuasa mahaguru
Mahaguru turunkan ku
Ilmu mu
Sunyi sepi meditasi visi konsentrasi resapi naluri
Terbang tinggi di ntara sedar dan mimpi
Mendekati ilmu sakti
Hakiki angin, air dan api
Tunjuk turut telunjuk jari
Arah ku tak dapat ku kawal untuk memburu
Tak perlu bersembunyi jasad mu dapat ku hidu
Oooo....
Mahaguru turunkan ku
Segala ilmu mistik dan kekebalan mu
Mahaguru izinkan ku
Untuk beradu kuasa mahaguru
( 2X )
Turunkan ku mahaguru
Segala ilmu
( Lagu : KRU - Lirik : KRU )