-- KRU --

Impak Maksima

Sarung tangan dah di tangan
Kaca mata berkilauan
Bersedia hadapi cabaran
Berani tempuhi cabaran
Ku naikan paras audio
Bergetaran enjen turbo
Debaran rancak pecutan di speedo
Buktikan pecutan solo
Kunci yang menanti
Putaran jejari
Piston bergerak lari
Menunaikan misi

Isyarat sudah menyala
Bendera sudah berkibar
Engin mengaum bagai singa
Sejarah sedang dicipta

Impak maksima
Gear satu... Aku pandu
Impak maksima
Gear dua.. Makin laju
Impak maksima
Bermaharajalela
Gear ketiga, empat, lima
Sepantas kilat impak maksima
Mmmm... Oooo...

Satu persatu ku tingalkan
Asap ku mereka makan
Adrenalin memaksa jantung ku berdegupan
2628 enjin ku tak rasa beban
Ku tekan 300 ke depan
Tayar meninggalkan kesan
Ke kanan ke kiri
Cara yang tersendiri
Bagaikan terbang tinggi
Pada sifar graviti
Genap semua pusingan
Litar bagai permainan
Sorakan menyambut kemenangan
Mari kita semua ulangkan

Impak maksima
Gear satu.. Aku pandu
Impak maksima
Gear dua.. Makin laju
Impak maksima
Bermaharajalela
Gear ketiga, empat, lima
Sepantas kilat impak maksima

Zooom.. Laju ke depan
Vroom.. Pecutan menggegarkan
Zooom.. Tiada halangan
Vroom.. Ku tempuhi rintangan
Zooom.. Laju ke depan
Vroom.. Pecutan menggegarkan
Zooom.. Tiada halangan
Vroom.. Ku tempuhi rintangan

( Rap) :
Zoom zoom sekelip mata vroom
Lawan ku hukum meletup kepala boom
Rim roda ligat berputar
Pabila bahanapi terbakar
Sebarkan sebar media seluruh dunia
Siapa yang digelarkan juara
Di litar semangat berkobar-kobar
Tinggalkan pencabar terketar-ketar

Pasukan teknikal ku ada di tepi
Menanti dengan debar yakin dan pasti
Bawa lapan saat kereta ku mampat
Sudah sedia untuk aku rembat
Jangan cuba jangan cuba pintas
Aku langgar
Nanti engkau juga terlantar dan tidak sedar
Kerana ku terlalu laju
Satu minit aku pandu
Lengkap satu pusingan
Penonton tergamam... OOhhhh...

Mari kita ulang
Mari kita ulang
Mari kita semua
Kita semua ulangkan
Ulangkan
Mari kita semua ulangkan

Impak maksima
Gear satu aku pandu
Impak maksima
Gear dua makin laju
Impak maksima
Bermaharajalela
Gear ketiga, empat, lima

Impak maksima
Gear satu aku pandu
Impak maksima
Gear dua makin laju
Impak maksima
Bermaharajalela
Gear ketiga, empat, lima
Sepantas kilat impak maksima

( Lagu : KRU - Lirik : KRU )


<-- Previous Next -->
[ J ] [ K ] [ L ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1