-- KRISTAL --

Seragam Hitam

Ku suka kau suka
Nak tunggu apa
Kepala dah layan
Mata dah kenan
Masam manis pedas
Sesedap rasa
Tinggal kau nak kunyah

Ku cinta kau cinta
Nak tunggu apa
Apa nak jadi.. jadi
Live and let it be
Ku suka pakaian
Seragam hitam
Kau pun suka busana yang
Serba hitam

* :
Itulah satu petanda
Jiwa kita sama dan serupa
Nak tanya siapa lagi
Kalau bukan hati mu sendiri
Zaman kini serba pantas
Lambat sikit kita kan dipintas
Takkan nak sampai mimpi
Baru nak kau pasti

** :
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat

( Ulang * dan ** )

( Lagu : - Lirik : )


Siapa Semut Siapa Lebah

Kita orang semut dan lebah
Suruh kerja kita pun kerja
Tak pandai nak melawan
Apatah lagi nak derhaka
Kita orang semut dan lebah
Siang kerja malam pun kerja
Tak pandai nak menulang
Apatah lagi mogok lapar
Suruh saja gunung mana nak dipindah
Gula madu mana nak dipunggah

* :

Sedia setia menjunjung perintah
Biarpun langsung tak munasabah
Tak kira kitakan mencuba
Ke akhir ikhtiar
Ke akhir nyawa

( Ulang Rangkap *)

Siapa tuan siapa hamba
Tanah liat lebih berharga
Kerja untuk hidup
Hidup untuk kerja
Sama sahaja

( Lagu : - Lirik : )


<-- Previous
[ J ] [ K ] [ L ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1