Lihat pada laut pasti ada pasang surut
Lihat pula pantai dihempas ombak berkecai
Jelas dan nyata ia mengambarkan
Kita pun saling memerlukan
* :
Kau berikan janji yang nampaknya belum pasti
Kau letakkan mimpi sewaktu ku berjauh hati
Tapi bila aku cuba suarakan
Pelbagai pula alasan mu yang kau berikan
** :
Jika turut kata hati
Tak sanggup lagi aku temani
Tapi bila ku kenangkan waktu
Kau menerima ku
Terlerai lah resah
*** :
Ku mengalah
Ku berserah
Demi perhubungan ini
Bila malam tak ku lena
Memikirkan kesudahan
Jangan pulanya nanti terjadi
Perkara yang tidak ku ingin menghampiri
**** :
Kau memujuk hati ini
Dengan madah pujangga
Dan peribahasa yang berbisa
Kau tawan hati ku ini
Bukan dengan permata
Tapi wajah yang hiba
Serta merendah diri
Ku kalah kerna itu
( Ulang Rangkap **, ***, **** dan * )
( Lagu : - Lirik : )