-- JULIANA BANOS --

Satu

Tidak ku nafi hidup ini
Begitu banyak ranjaunya
Beza budaya dan bahasa
Agama dan juga bangsa
Ada yang kata begini
Ada kata begitu
Semuanya buat kita keliru
Sedangkan kita masih belum tiba di kemuncak kejayaan
Dan masih ada teman kita perlu sedikit bantuan
Jadi sebelum terlewat
Dan hilang segala galanya
Marilah kita bina hidup baru
Belajar semula menjadi satu

Pejamkanlah mata
Tutupkan telinga
Jangan bicara walaupun hanya sepatah kata
Bukakanlah minda
Lapangkanlah dada
Baru kau tahu
Kau dan aku mampu menjadi satu

Ketepikan keterlaluan
Dusta serta penghinaan
Sebaiknya jagalah hati kita sesama insan
Kembalikan masa masa kita serba sederhana
Kau dan aku saling memerlu
Belajar semula menjadi satu

Bayangkanlah dunia
Tanpa sempadan ciptaan manusia
Hulurkanlah tali persaudaraan
Kerana kita semua sama
Bayangkanlah..

( Lagu : KRU - Lirik : KRU )


Sehidup Semati
( Feat. Indigo )

Berkat kesabaran kita
Menempuhi segala
Ku bersyukur kau masih setia
Kau insan teramat ku cinta
Nama mu terpahat di dada
Untuk selamanya menyayangi mu

* :
Kerana ku milik mu
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerana tak terdaya hidup tanpa mu
Bak pungguk rindukan bulan
Diri ku kan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi
Janji sehidup semati

Ku berikan kasih kepada mu
Seluruh kehidupan ku
Kerana itu saja buat ku bahagia
Ku rela korbankan segala
Yang ku ada di dunia
Moga kau gembira selamanya
( Ulang Rangkap * )

Moga kita berpanjangan
Menikmati rasa cinta
Antara dua insan..oh...
Ku berdoa setiap masa
Agar kita lebih lama di sini
Bersama kau di sisi
( Ulang Rangkap * ) ( 2X )

(Kasih ku percaya kita berdua (sehidup semati)
Kini dan selamanya sehidup semati)

( Lagu : KRU - Lirik : KRU )


<-- Previous Next -->
[ I ] [ J ] [ K ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1