-- JAMAL ABDILLAH --

Kau Lupa Janji

Kau katakan kau menyayangi diri ku
Ku percaya segala kata-kata mu
Apa saja kau hajati
Aku cuba memenuhi
Kerna ingin menjaga hati

Kau katakan biar apa pun terjadi
Kau dan aku sama-sama menghadapi
Paras rupa bukan ukuran
Bila hati dah berkenan
Kerna mu rela berkorban

Aku selalu memikirkan masa depan
Antara kita berdua hidup bersama
Setiap kali ku lahirkan hasrat hati
Kau pinta ku memutuskan perhubungan
Sejak itu ku tak pernah kau kunjungi
Teman barumu lulusan luar negeri
Berkereta sana sini
Diriku tak kau kenali
Mudahnya kau lupa pada janji

( Lagu : - Lirik : )


Keinsafan

Ku mencari kesucian diri
Setelah keinsafan menjelma
Masih tersirat di sanubari
Keganasan ku di alam maya

Jari jemari ku tak berhaluan
Hanya mengikut rentak hati dan perasaan
Masihku menanti ke manaku bawa diri
Segala-gala yang ku inginkan
Setelah langit tidak bertepi

Insan di dunia seakan berbangga
Setelah diri ku terlantar tidak bermaya
Ku hanya berdoa di segala keinsafan
Sudah kehendak yang maha kuasa
Musnahlah aku dalam kekejaman

( Lagu : - Lirik : )


Kekasih Awal Dan Akhir

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga ku terlupa
Pada paras rupa

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah rahsia

* :
Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cinta ku yang satu Oho...

** :
Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
Cinta mu yang abadi

*** :
Tak ku harap tak ku peduli
Walau bulan jatuh ke bumi
Dan hadir bidadari
Tak ku mimpikan lagi

Kerana kau lebih mengerti

( Ulang Rangkap *, ** dan *** )

Kerana kau lebih mengerti

( Lagu : - Lirik : )


Kembalilah

Kembalilah wahai sayang
Padaku yang kesepian
Bawakanlah ku penawar rindu

Tiada kata tiada pesan
Dikau pergi meninggalkan
Ku kembara mencari mu kasih

Usah kau turutkan
Resah di hati mu
Usah kau kenangkan
Kisah lalu

Derita kesedihan
Telah ku lupakan
Hulurkan tangan mu
Wahai sayang

Akan ku dirikan
Mahligai impian
Dikaulah dewi ku pujaan ku

Kembalilah wahai sayang
Ku rindukan kemesraan
Sinarilah cinta suci kasih

( Lagu : - Lirik : )


Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan

Semakin kau diam
Semakin kau cengkam perasaan ku
Tidakkah tersimpan
Rasa kasih pada ku
Walau secebis

Kenangan tak bisa kau lenyapkan
Walau bagaimana
Kau cuba memberi alasan
Kerana ku tahu
Itu hanya dusta
Adakah di hati
Terasa penyesalan menyintai ku

Apakah aku tak setaraf
Dengan apa yang kau inginkan
Jika itu yang benar
Biar aku hentikan desakan ini
Kerana ku punya harga diri
Ku takkan merintih
Walau dada pedih membakar

( Lagu : - Lirik : )


<-- Previous Next -->
[ I ] [ J ] [ K ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1