Kehidupan ini penuh onak
Duri yang menguji diri
Sukar ku hadapi
Ujian cabaran duka lara
Ku cuba berlari terjatuh
Seringkali Oh ku putus asa
Hampa dan kecewa
Ku resah gelisah
Apakah ku akan berjaya
Namun
* :
Bila kau tersenyum segalanya berubah
Dunia ku kan terang menjadi ceria
Bila kau tersenyum semangat ku terpulih
Gelap menjadi cerah sukar menjadi mudah
Damainya ku rasa tenang seketika
Oh.. Bila kau mengukir senyum mu yang manis
Oh Indahnya ku rasa di jiwa
Senyuman dan tawa pengubat jiwa
Kini hilang duka hampa dan kecewa
Ku rasa dan gembira
( Ulang Rangkap * )
Luah kan rasa kasih sayang dan cinta
Tak kira di mana dan pada siapa
Kerana senyuman mu bisa menjadikan
Dunia kita ceria
( Ulang Rangkap * ) ( 2X )
( Lagu : - Lirik : )