-- GRAND --

Maafkan Aku

Di ketika ini aku kebingungan
Entah bilakah begini
Tersentak hati ku diri mu kembali
Janji dulu kau mungkiri
Telah lama berlalu bara perpisahan
Telah lama berkubur usah diulangi
Tak mungkin jua ku bukakan hati ku lagi
Sukarnya ku nyatakan pada mu kini

Ku ingin kau tahu ku sudah berpunya
Sukar bagi ku menerima
Kenyataan ini usah dicemari
Mengapa kau kembali lagi
Ku kira engkau sudah melupakan diri ku
Kau kecewa dengan sikapmu yang sendiri
Kau hulurkan simpati aku tak mengerti
Ku sudah ditawani oleh insan lain

Mestikah aku melupakan dirinya
Hanya kerna diri mu menjelma
Biarkan diri ku bahgia bersama dengannya
Mestikah aku memungkiri dirinya yang paling aku sayangi
Seperti mana cinta ku pada mu dulu

Dulu engkau sanggup meninggalkan aku
Kau katakan aku tak punya apa
Kau berpaling pada insan yang lain
Ku dihina oleh pandangan mata
Kini apa terjadi cuba kau insafi perpisahan
Dengan niat mu
Kini apa terjadi cuba kau ingati perpisahan
Tanpa rela ku

Tiap kehidupan ada kenangannya
Jadikan satu pedoman
Bukan ku berdendam engkau yang hiba
Maafkanlah diri ku

( Lagu : - Lirik : )


Rahsia Di Sebalik Hati

Sejak aku mengenali mu
Hati ini ternanti-nanti
Kata-kata cinta sakti mu
Namun dikau tetap membisu

Tak pernahkah kau menyedari
Kehadiran ku di hati mu
Yang mengharap kasih sayang mu
Atau dikau yang tak mengerti perasaan ku

Kini aku ibarat menanti
Hadirnya suria di malam hari
Yang tak mungkin menjadi realiti
Namun aku tetap menanti
Walau seribu tahun lagi

Tak mungkin aku melafazkan
Rahsia cinta ku pada mu
Sedangkan aku pun tak tahu
Rahsia di sebalik hati mu

Aku tak memaksa diri mu
Untuk menyintai diri ku
Andainya kau buka hati mu
Akan ku sambut cinta mu

Seandainya dikau menjadi kekasih hati ku
Akan ku laungkan kepada dunia kau kekasih ku

( Lagu : Patrick Khamis - Lirik : Sutera )


Takkan Ku Lupa

Masa berlalu mengubah cara hidup ku
Yang kita dulu kongsi bersama
Apakan daya takdir menentukan semua
Akhirnya kita terpisah jua

* :
Telah ku cuba untuk bersama mu
Tapi terpaksa ku terima
Walaupun berat untuk ku lepaskan cinta
Takkan ku lupa saat bahagia bersama mu sayang

** :
Kenangan kita berdua
Masih segar di ingatan ku
Saat yang indah bersama mu dulu
Tak mudah ku lupa

( Ulang Rangkap *, ** )

Kenangan kita berdua
Masih segar di ingatan ku
Saat yang indah bersama mu dulu
Tak mudah ku lupa
( 2X )

( Lagu : - Lirik : )


[ F ] [ G ] [ H ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1