-- FREQUENCY --

Dua Wajah Biru

Ketika sedang asyik dalam cinta
Rimba ganas terasa syurga
Biarpun hidup serba sederhana
Dalam hati tetap sakinah

Oh.. Biru langit biru senja
Warna yang indah
Oh.. Biru langit biru senja
Warna yang indah

Ketika sedang asyik dalam puja
Api ganas sempat menerpa
Binasa hidup yang dulu sempurna
Dalam hati tinggal kecewa

Oh.. Biru langit biru senja
Warnanya duka
Oh.. Biru langit biru senja
Warnanya duka

* :
Bagai satu kehidupan tak bererti
Karma hidup yang tak dapat ku tandingi
Erti tulus satu ikatan yang suci
Akur dengan kata panggilan Illahi

** :
Oh.. Biru langit biru senja
Warnanya duka
Oh.. Biru langit biru senja
Warnanya indah

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : Andy - Lirik : Loloq )


Institusi Famili

Sanggupkah kau menyingkirkan ku
Sekiranya aku telah menitikkan nila di dalam susu ?

Dapatkah kau terima aku
Setelah aku kehilangan maruah yang berharga ?

Adakah kau maafkan sekiranya aku
Telah mencelakakan kereta milik mu yang satu ?

"Andaikan satu darinya.. salah satu darinya..
.. yang satu darinya.. kesalahan mu.. ?"

* :
Ku takut kau akan menuduh ku
"Tidakkah engkau malu..?"
Sedangkan ku malu

** :
Ku tahu kau akan membenci ku
Membiar ku termanggu
Tanpa kasih sayang mu

*** :
Tuhan lebih berkuasa menentu arah
Hidup dan mati ku
Andainya kau mahu menerima ku
Lupakan ku yang dulu
Gelap dunia ku tak tertempuh
Tanpa cahaya cinta mu
Kau juga seperti ku
Mengharapkan sinar yang baru..

( Ulang Rangkap *, ** dan *** )

( Lagu : Musa - Lirik : Musrad / Loloq )


Jangan Prasangka

Sampai ke syurga
Kesal menyusuli diri ku nanti
Andainya terjadi
Cinta indah pelangi
Selepas gerimis
Pengalaman pahit
Hancur dan berderai
Natijah prasangka

Dari itu ku pohon
Berikanlah ku peluang
Buat ku cuba terangkan perkara sebenarnya
Yang telah berlaku
Di malam gerhana lalu

Dia yang kau terpandang
Tak pernah ku kenali
Hampir untuk bertanyakan
Khabar seorang insan
Kawan ku yang pernah menjadi kekasihnya
Itu saja

* :
Takkanlah aku rela
Tukarkan intan dengan kaca
Aku tak sebodoh itu
Kau takkan ku lepas
Selama-lamanya
Biar pun jiwa raga sanggup ku cagarkan
Demi kau kasih
Demi kau cinta
Kau yang ku damba
Kasih hati ku yang sejati

** :
Sampai ke syurga
Kesal menyusuli diri ku nanti
Andainya terjadi
Cinta indah pelangi
Selepas gerimis
Pengalaman pahit
Hancur dan berderai
Natijah prasangka
Tak mahu ku kesal selama nya

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : - Lirik : Loloq )


Ku Panggil Dia Sutera

Dia ku panggil sutera
Kerana halus budinya
Membina jiwa penuh syahdu
Bermodalkan sebuah kejujuran
Menjamah cinta sutera
Tanggallah duka nestapa

Semalam menghambat langkah ku
Sempurnakan hasrat mu oh mama
Suatu hari nanti aku berjanji mama
Dia akan ku bawa ke depan mu
Untuk dapatkan restu
Doa mu yang amat ku perlu
Buat bekal hidup di alam yang baru
Buat bekal hidup di alam yang baru

Cintanya berjaya
Buat ku gembira
Dirinya berjaya
Buat ku bangkit semula
Namanya berjaya
Buat ku semangat
Cintanya berjaya
Buat ku berani hadapi hidup ini

Dia ku panggil sutera
Kerana halus budinya
Semalam menghambat langkah ku
Sempurnakan hasrat hati mu mama
Suatu hari nanti aku berjanji mama
Dia kan ku bawa ke depan mu
Untuk dapatkan restu
Doa mu yang amat ku perlu
Buat bekal hidup di alam yang baru
Buat bekal hidup di alam yang baru

Cintanya berjaya
Buat ku gembira
Dirinya berjaya
Buat ku bangkit semula
Namanya berjaya
Buat ku semangat
Cintanya berjaya
Buat ku berani hadapi

( Lagu : Musa/Andy - Lirik : Loloq )


Sajian Jiwa

* :
Apalagi yang kau tak mencukupi
Setia tak lagi berharga diri
Tak tahu siapakah kau miliki
Semalam menjadi teka teki

Ku cuba mencapai awan gemawan
Rupanya berderai menjadi hujan
Jiwa mu kembali bersandiwara
Berlakun dalam gelap gelita

** :
Hati menjadi saksi
Cinta ku yang bersemi
Ku harap kau terima
Aku yang seada-adanya
Kasih mu berbelah cinta
Cinta ataupun harta
Dalam sedar akulah sahih hina

Kemana pun kau cuba tuk berselindung
Menyembunyikan diri
Ku iringkan doa agar kau bersua
Bahagia yang kau idamkan
Ku bukan hartawan yang bisa menjanjikan
Untuk kau bermanja intan permata
Yang ku ada hanyalah setia
Untuk mu sajian jiwa

( Ulang Rangkap ** dan * )

( Lagu : - Lirik : )


[ E ] [ F ] [ G ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1