-- FREEDOM --

Jauh Dirindu

Di mana....
Katakan di mana salah silapnya
Ku terasa-rasa hubungan kita
Berubah mengikut masa

Ke mana....
Mana hilang keajaiban itu
Kelembutan serta kemanisan mu
Yang pernah menghias hidup ku

Mengapa kita kini
Saling mengasingkan diri
Kemesraan lalu dingin dan membeku
Tetapi hati tidak dapat dibohongi
Bila saja berjauhan kita kerinduan
Kau dan aku diuji gelombang waktu

Sayang ku....
Biar genting usah berputus terus
Kenangan lalu tak mudah di hapus
Segalanya tersimpan di hati
Jika di takdirkan tak sehaluan lagi
Kau tetap aku ingati

( Ulang Semua Rangkap )

( Lagu : - Lirik : )


Kita Orang Ketiga

Perasaan itu bagai bayu yang menyapa
Lembut damai menyusuk ke jiwa
Pertemuan itu walaupun hanya sekali
Semacam kesannya di hati

Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

Mengapa harus berjumpa
Setelah kita berpunya
Kenyataan ini pahit rindu ku luka yang perit
Mengingati dan memuja dari kejauhan saja
Kitalah orang ketiga

Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

Mengapa harus berjumpa
Setelah kita berpunya
Kenyataan ini pahit rindu ku luka yang perit
Mengingati dan memuja dari kejauhan saja
Kitalah orang ketiga

( Lagu : - Lirik : )


Sama Sahaja

Sejak perkenalan kita
Aku dapat merasa
Kitakan kekal bersama
Sehingga ke akhirnya

Antara kita berdua
Banyak persamaannya
Melihat ke dalam diri mu
Bagai melihat diri ku

* :
Oh benar..
Oh benar sudah tentu
Oh sayang..
Ku jua begitu
Merah dan biru warna kesukaan ku...
Aku jua begitu
Oh benar..
Ku pilih sederhana
Ku jua..
Ku suka menduga
Tiada bezanya kita sama sahaja..
Benar kata mu itu

Marilah kita bersama
Bersyukur kepadanya
Kerana dapat bertemu
Bahagia bersatu

( Lagu : - Lirik : )


[ E ] [ F ] [ G ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1