-- ERRA FAZIRA --

Teman Bicara

Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah terusik rasa
Kita sekadar teman biasa
Aku kenali siapa diri mu
Kau pun tahu siapa diri ku
Kerana engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia

* :
Tiba-tiba ku lihat sikap mu
Tidak seperti dulu terhadap ku
Kau menaruh hati
Sejak bilakah ku sedari
Tiba-tiba ku rasa diri ku tidak seperti dulu
Terhadap mu ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata

** :
Kini bila bertentang mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa
Tiada ku tahu
Berdepan dengan mu ku terasa malu

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : Fauzi Marzuki - Lirik : Habsah Hassan )


( Lagu : - Lirik : )


Terpaksa Melangkah

Seandainya kejujuran ini
Tiada lagi tertera di hati
Ku rela undur diri
Dari ku terluka
Di puncak impian
Yang ku genggami

Tak ku sangka gerimis melanda
Ketika itu hangatnya merindu
Bagaikan tiada duka yang datang
Namun kelopak berderai

Bukan simpati yang mesti kau lafazkan
Untuk menegakkan cinta
Seolah sengaja
Kau persendakan kasih ku

Biar ku derita biarpun sengsara
Asalkan tiada kekesalan
Walaupun cinta sepenuh hati ku
Namun ku tak berupaya didustai
Oleh bibir yang berpura

Seandainya kejujuran ini
Tiada lagi tertera di hati
Terpaksa ku melangkah
Walau hati ku kan terluka

( Lagu : - Lirik : )


Terserah Padamu

Ingin sekali aku miliki
Cinta dan hati mu
Selama ini telah ku beri sepenuh hati

Jalan penuh berliku
Untuk hidup bersama dengan mu
Aku telah mencuba dengan sepenuh daya
Terserahlah kepada diri mu
Untuk menerima aku seadanya.. Wooo..
Jalan penuh berliku
Untuk hidup bersama dengan mu
Aku telah mencuba dengan sepenuh daya
Terserahlah pada diri mu

Terserahlah pada diri mu

Terserahlah kepada diri mu

Untuk menerima aku seadanya.. Woo Ho..
Jalan penuh berliku
Untuk hidup bersama dengan mu
Aku telah mencuba dengan sepenuh daya
Terserahlah pada diri mu

Terserahlah pada diri mu

Jalan penuh berliku
Untuk hidup bersama dengan mu
Aku telah mencuba dengan sepenuh daya
Terserahlah pada diri mu

( Lagu : Rosli Selasih - Lirik : Amran Omar )


<-- Previous Next -->
[ D ] [ E ] [ F ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1