Terasing bunga dari tangkai
Disentuh rintik-rintik
Yang terasa tajam tiada simpati
Dibawa angin nan gemersik
Menghempas pasir putih
Dan tercalar kelopaknya
Sekilas pandang seperti ada
Semusim sudah berlalu pergi
Tinggalkan ku sendiri
Di kejauhan hujan semalaman
Mengira sisa cinta ini sepanjang rintik-rintik
Dan tersingkap sejarahnya
Sekilas panjang seperti ada
Kiranya aku masih tak sedari
Memori bisa menjadi saksi
Betapa sunyi aku sepi tanpa ada benci
Adakah nanti ku temui sekeping hati
Yang takkan sudi menyakiti cinta yang diberi
Datanglah sekali lagi biarkan hati merasa
Kerana cinta masih menyala
Aduhai sayang tidak ku sedari
Memori bisa menjadi saksi
Betapa sunyi aku sepi tanpa ada benci
Adakah nanti ku temui sekeping hati
Yang takkan sudi menyakiti cinta yang diberi
Datanglah sekali lagi biarkan hati merasa
Kerana cinta masih menyala
Terasing bunga dari tangkai
Disentuh rintik-rintik
Yang terasa tajam tiada simpati
Dibawa angin nan gemersik
menghempas pasir putih
Dan tercalar kelopaknya
(Sekilas pandang)
Sekilas pandang pasti ada
( Lagu : Tapai - Lirik : Tapai )