' Laman Lirik Lagu Kasturi


-- ELITE --

Aku Siapa Eengkau Siapa

Aku siapa engkau siapa
Aku siapa engkau siapa
Dalam dunia ramai yang memuja
Ramaikan lagi irihati yang lebih suka mencari kelemahan
Walau lebih banyak kebaikan

* :
Meneropong ku dari lautan
Kau sudah tersilap pilih lawan
Bila tiba masanya
Kau tahu juga aku siapa
Bila tiba masanya akan kau sedar engkau siapa

Wahai pencela kau tiada makna
Lihatlah saja kau
Aku ketawa dengar kata-kata mu
Lahirnya dari perasaan iri hati

Meneropong ku dari lautan
Cerminkan diri mu dulu kawan
Bila tiba masanya kau tahu juga aku siapa
Bila tiba masanya kau tahu juga engkau siapa

** :
Patutkah kau didenda
Mahukah kau didenda
Patutkah kau didenda
Mahukah kau didenda

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : Kru - Lirik : Kru )


Bila

Pabila ku melihat sekeliling ku
Semua berpasangan berpegangan tangan
Aku keseorangan
Pabila aku mendengar lagu cinta
Jiwaku tersentuh hiba

* :
Oh... Bila la la la la akan ku jumpa
Bila la la la la akan ku rasa
Keindahan cinta
Dan bila la la la la ku ketemu dia
Akan ku setia selama-lamanya
Persoalannya bila, bilakah akan ku dicinta

Diri ku sebaik mungkin mencuba
Menyembunyikan duka ku berpura-pura
Seolah tiada apa
Tak siapa tahu pedihnya di hati
Setiap malam ku tangisi

( Ulang Rangkap * ) Ku belayar di malam sepi
meniti hari yang tak pasti
Jiwa kekosongan
Adakah ditakdirkan hidup tak berteman
Kesepian... Kesepian...

( Ulang Rangkap * )

( Lagu : Kru - Lirik : Kru )


Di Pintu Syurga

Cinta di dunia hanya sementara
Cinta kepadanya untuk selamanya

Sekukuh
Sekukuh mana ikrar kasih kita
Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti harus ditempuhi
Apa daya kita melawan masa

Takdirnya
Takdirnya dunia hanya sementara
Walau begitu cinta suci tuk selamanya
Ini realiti...hilang tak berganti
Namun aku tahu kau dan aku akhirnya kembali bersatu

* :
Andaikan ku pergi sebelummu
Kaulah cinta pertama dan terakhir untukku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga

Di sana...di sana menanti gemilang cinta
Jadi lenyapkanlah titisan airmata
Tabahkanlah hati...mengharungi hari
Abadikanlah saat indah...kita kan tetap bersama

( Ulang Rangkap * )

( Lagu : - Lirik : )


Manisnya Senyumanmu

Ku rasa
Satu dunia sudah mengerti perasaan ku ini
Mengapa oh!
Mengapa takkan kau sedar ku mendamba
Ataupun
Dikau sengaja diam berpura memendam rahsia
Segeralah oh!
Segera ku tahu kau hanya bermain masa

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut rasa cinta ku
Hari demi hari ku tetap menanti
Namun mula mula langkah pertama

* :
Mata bertentang mata adakah kau terasa
Cinta kian memekar dihati kita
Kau istimewa paling utama yang satu
Betapa manisnya senyuman mu
Debaran penuh makna kelu tidak terkata
Sering kali terjadi bila kau di isi
Namun yang pasti membuat ku jatuh hati
Oh! Manisnya.. Manisnya senyuman mu

Pabila aku terdengar
Lagu cinta ku terkenang kepada mu
Aku merindu oh! merindu
Senyuman mu yang menawan kalbu

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut hatiku pada mu
Jika kau pun juga rasa ynag ku rasa
Apa yang kau pinta katakan saja

( Ulang Rangkap * )

( Lagu : - Lirik : )


Merbahaya

Sudah berapa kali daku kata
Aku memangnya sudah berpunya
Aku bukanlah sebarang wanita
Mengapa masih berdegil juga
Seolah-olah dikau lebih suka
Lebih suka
Kau rasa
Kau rasa lebih hebatnya
Cinta murni ku setia
Hanya kepada yang satu
Waspada kerana ini
Amaran terakhir ku

* :
Oh Oh Ah Ah..
Jangan berani cuba-cuba
Oh Oh Ah Ah..
Jangan kau main-main mata
Oh Oh Ah Ah.. Ku tahu hajat kau sebenar
Baik undur saja kerna ku merbahaya

Bagi kau biasa saja
Bertukar pasangan ikut rasa
Kau salah juga
Kau fikir ku sebegitu
Cinta perlu ada kejujuran
Bukan sekadar manis ucapan
Berhatilah segalanya
Ku perkatakan
Jangan lagi diri mu
Mengambil kesempatan
Hati ku perasaan ku bukan permainan

( Ulang Rangkap * )

Merbahaya... Aku merbahaya ( 4X )

Hai.. jejaka
Jangan berani mara
Kerana langkah mu
Dapat ku baca
Ketampanan mu tak memberi sebarang erti
Diri ku cukup kenali
Insan seperti mu ini

Merbahaya...

( Lagu : Kru - Lirik : Kru )


Selamat Tinggal

Linda : Sekian lama kita
Mengharungi suka duka
Sekian lama kita hidup
Bagai sekeluarga

Abby : Walaupun redha hati ku
Akan tetap terluka
Di hari perpisahan kita
Tangis dalam hiba

Semua : Selamat tinggal teman-teman
Berakhirlah perjuangan
Selamat tinggal semua
Kau tak akan daku lupa
Selamat tinggal teman-teman
Kita kini di persimpangan
Moga satu hari nanti
Ditakdirkan bertemu
Kembali

Fiza : Abadikanlah segala
Kenangan
Ingatlah daku
Di dalam setiap doa

Azza : Dan aku sedari kini
Mimpi kita berbeza
Bebas pergi dan terbang tinggi
Kau tetap di hati....

Semua : Selamat tinggal teman-teman
Berakhirlah perjuangan
Selamat tinggal semua
Kau tak akan daku lupa
Selamat tinggal teman-teman
Kita kini di persimpangan
Moga satu hari nanti
Ditakdirkan bertemu
Kembali

Sasha : Tuk kali terakhir
Dakaplah diri ku ini
Biarlah kita tangiskan
Segala memori

Memori....

( Lagu : KRU - Lirik : KRU )


Sesuatu Di Dalam Dirimu

Bisikan hati ku
Mengapa ku biarkan diri ku
Terbelenggu menunggu cinta
Sedangkan kau permainkan saja
Hari-hari diri ku menanti
Agar kau menyedari
Katakanlah saja
Adakah kau perlu ku bersama

Ada sesuatu di dalam diri mu
Walaupun cuba ku lupa ku tetap rindu
Walaupun kehidupanku tak menentu
Ada sesuatu dalam diri mu
Ada sesuatu di dalam diri mu
Walau makin tertanya kau membisu
Walaupun hakikatnya sudah ku tahu

Ada sesuatu dalam diri mu
Ada-ada sahaja alasan kau berikan kepada ku
Sekian lama tanpa khabar
Tiba-tiba kau muncul semula
Apa sebenar hasratmu itu
Mendampingi daku
Penat sudah berusaha
Mungkin juga ia sia-sia
Silih hari kian ku rasa
Kehilangan diri mu
Adakah kau jua begitu

Ada sesuatu di dalam diri mu
Walaupun cuba ku lupa ku tetap rindu
Walaupun kehidupanku tak menentu
Ada sesuatu dalam diri mu
Ada sesuatu di dalam diri mu
Walau makin tertanya kau membisu
Walaupun hakikatnya sudah ku tahu
Ada sesuatu dalam diri mu

( Lagu : KRU - Lirik : KRU )


Tamparan Wanita

Setiap kali kau marahi diri ku ini
Tergugur jantung ku tergamam membisu
Setiap kali kau kasari ku tak mengerti
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi

Tiada guna kita bersama
Jika jiwa merana
Akulah wanita
Di sini nokhtahnya, jangan kau cabar

* :
Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa....
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa tamparan wanita

Perasaan cinta tiada lagi di dada
Hanya perasaan takut menghantu minda
Mana bisa ku percaya janji mu dusta
Lihatlah saja luka daku kau dera

Tiada guna berkata-kata
Masanya sudah tiba
Akulah wanita
Tidak lagi gentar
Jangan kau cabar
Aku perlu berdiri tanpa mu
Berani berdiri kerana benar

Trauma

Tiada lagi airmata
Bisa ku tangiskan lagi
Tiada lagi guna bermadah
Tempat ku bukannya di sini

Sepuluh tahun ku menghamba pada mu
Tak ku pinta lebih daripada
Tulus cinta
Namun kau menodai
Berkecai mahligai kita

Tidak pernahkah kau terfikir
Kemungkinan yang berakhir
Tidak pernahkan tersingkap di minda
Wajah kita sekeluarga

Sekelip mata berubah segalanya
Tiba-tiba dunia daku
Gelap gelita
Tak menentu hala
Melihat kau bersamanya

* :
Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma....

Walau seribu pujuk rayu
Tak mengubah pendirian ku
Sekali kau menduakan ku
Selamanya tertutup pintu

Biar daku membawa diri ini
Pergi jauh takkan kembali
Ku mencari ketenangan hati
Cuba lenyapkan trauma ini

( Ulang Rangkap * )

( Lagu : KRU - Lirik : KRU )


[ D ] [ E ] [ F ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1