-- DINAMIK --

Antara Gadis

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diri ku

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diri ku

* :
Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu
Menatap wajah mu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu

** :
Antara bebunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : Afzanizam - Lirik : Afzanizam )


Bercanda Kesepian

Terbayang lambaian mu
Bersama senyuman mu
Terdengar bisikan mu ketika itu

Dan kini ku rasakan
Yang bertahun tersimpan
Tinggal ku kerinduan
Bercanda sepi

* :
Aku dimamah resah
Gelisah mencakar dada
Sayu.. pilu.. membakar diri
Terbayang wajah
Wajah yang duka

Hembusan haruman mu
Dibawa angin bayu
Melenakan tidur ku
Sepintas lalu

( Ulang Rangkap * ) ( 2X )

( Lagu : Afzanizam - Lirik : Afzanizam )


Biar Putih Tulang

Langkah terhenti
Degup jantung berderai
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini dalam suasana yang sepi
Walau tersembuyi di malam gelap gelita

Mendung hadiri bumbung telah ku bina
Yakin diri ku tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diri ku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan

Hajat di hatiku ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu

Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang kemana pun jua
Namun semangat ku tetap bersama mu

( Lagu : Nadia Ewing - Lirik : Am )


Next -->
[ C ] [ D ] [ E ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1