Berjalan kaki arah titian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran
Jangan mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati sidia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat serba tak kena
Pohonlah pauh ditebang-tebang
Di sebelah rumah Pak Anjang
Di dalam tempoh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang
Harus tabahkan hati fitnah usah peduli
Jangan bertindak melulu
Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan
* :
Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu jalan bersama
** :
Bungalah rampai bunga kemuning
Tambah pula harum kasturi
Kalau dah sampai hari bersanding
Jangan lupa mengudang kami
*** :
Moga panjang usia dapat sama raikan
Untuk melihat mempelai
Bersanding depan ramai
Jangan tak tahan hati
Bila kena sindir pesan
( Ulang Rangkap *, ** dan *** )
( Lagu : - Lirik : )