-- AZLINA AZIZ --

Mencari Mimpi

Sepanjang perjalanan meniti kehidupan
Ku cari mimpi-mimpi tak pernah ku temui
Umpama pengembara ku hadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun ku sedari ku meniti pelangi
kerana keindahan warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata

Lingkungan warna-warna indah biar seketika
Pelangi-pelangi yang indah mengasyikkan
Sejenak ku biarkan diri melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah.. sia-sia
Seumpama pengembara.. terpedaya

Lingkungan warna-warna indah biar seketika
Pelangi-pelangi yang indah mengasyikkan
Sejenak ku biarkan diri melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah.. sia-sia
Seumpama pengembara.. terpedaya
Kerana mimpi hanya mimpi...

( Lagu : Manan Ngah - Lirik : Habsah Hassan )


Setinggi Bintang Sehangat Mentari

Kerana kau ku tersisih
Korbankan segala kerana kasih
Usah kan teman usah saudara
Ku lupa ibu dan bapa

Kecergasan diri ini
Bertukar jadi kaku dengan sendiri
Aku batasi kata dan langkah
Ku jaga hati mu selalu

Setinggi bintang sehangat mentari
Ku gantungkan harapan hati
Pada setiap ruang rasa
Dihiasi mimpi indah
Ku percaya pada diri
Aku percaya setiap janji
Kerana ikhlas menyayangi mu
Tak pernah merasa ragu

Setinggi bintang sehangat mentari
Dihampiri terbakar diri
Yang rentung adalah hati ku
Dipersiakan oleh mu
( 2X )

( Lagu : Azlan Abu Hassan - Lirik : Habsah Hassan )


Wajah Siapa Di Hatimu

Wajah siapakah yang dikau cari
Setelah dikau mengecewakan ku
Senyuman siapakah yang masih dikau nanti
Untuk mengisi kekosongan jiwa

Lembutnya lidah mengucapkan kata
Melafazkan dendammu rindukan ku
Pada mu hanyalah aku yang dapat menghibur mu
Dan jua melenyapkan keresahan

* :
Tapi kini tiada lagi
Senyuman manis dan tawa mesra mu
Terbiar aku
Keseorangan

Derita melanda
Mengganggu hati ku
Mengapa begini
Berakhirnya dunia
Cinta ku... sayang

** :
Kembalilah dikau dalam hati ku
Terangilah segala kegelapan
Nyalakanlan semula obor cinta kita
Agar damai hatiku dan hati mu

( Ulang Rangkap * dan ** )

( Lagu : Omar Taib - Lirik : Lukhman S )


<-- Previous
[ Z ] [ A ] [ B ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1