-- AMIR / UK's --

Kau Satu-Satunya

Oh siapalah diri ku ini
Tanpa mu dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi
Kau bagi ku satu-satunya

Pada mu lah ku meminta
Ku bermanja
Ku rindui ku kasihi
Di hati ku kau abadi

Dengan sinaran kasih mu
Kian terancang hidup ku
Tiada lagi keraguan
Kau bagi ku kekuatan
Di mana jua ku berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak diri mu ku dekati
Diri ku ini ku kenali

Hanya engkau sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku ini kekurangan
Namun bagi mu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa
Kau bagi diri ku satu-satunya
Ku meminta, ku rindui, ku kasihi
Di hati ku kau abadi

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Habsah Hassan )


Kekasih Ku Di Menara

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata ku lelapkan
Lalu ku cuba coretkan
Secebis lembaran buat mu

Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang

Dapat ku bayangkan
Kau mula berubah bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

Disebabkan itu
Kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhan mu kini mula ketara
Memandang ku cuma sebelah mata

Dulu aku bagi mu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasa ku
Semua pengorbanan ku untuk mu
Semua jasa-jasa ku
Semua pengorbanan ku untuk mu

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Saari Amri )


Kembali Mencari

Kembali di sini
Mewarnakan seni
Selari alunan citarasa mu
Biar getirnya menyusun kata
Akan ku gilap jadi permata

Cari engkau carilah
Kemanisan madu mu di dalam hempedu
Berkemungkinan kau temui
Indahnya oh di benak ku
Bayang mu mencari erti
Sinarkan menanti pasti
Balasan ketabahan hati
Persis mimpi-mimpi yang ngeri
Jarang jadi realiti
Menyerah jangan sekali

Kembali di sini
Mewarnakan seni
Selari alunan citarasa mu
Biar getirnya menyusun kata
Akan ku gilap jadi permata

( Ulang Semua Rangkap )

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Saari Amri )


Kencana

Tirai malam hampir datang menjemput
Petandanya senja berlabuh
Kicau burung kian sepi berlagu
Sesepinya dalam hatiku
Begitu perit rasanya menunggu mu wahai dewi
Menjelma di mimpi

Ku impikan istana mu kencana
Ku hiaskan bintang seribu
Berkedipan di kamarmu baiduri
Tak terbanding seri mu dewi
Mahkota bertinta intan
Kemilau di hati bertakhta berseri

Betapa agungnya kasih yang mengalir
Seumpama air di dalam firdausi
Terasa salju yang tiada hingga
Bila diri mu mengucup mesra tangan ku
Tanda cinta bersemadi
Tiada ternilai segala kasih sayang

Kaulah kencana ku
Dipuja setiap ketika oleh insan dan juga sang pujangga
Kaulah kencana ku
Menyinari dalam hidupku
Kaulah satu yang tiada duanya

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Azam Dungun )


Kerana Pepatah Lukaku Berdarah

Mengapa hujan melanda di tengahari
Disaat ku inginkan kekeringan
Mungkinkah itu satu petanda
Sesuatu yang akan berlaku

Terlukanya aku
Dengan keluarga mu
Menerima ku ada pantangnya
Takdir yang mendatang
Kau anggap permainan seolah aku ini bebanan
Bagaikan api jauh dari panggang
Andainya aku ini ternama dan berharta
Tak mungkin kau pergi tinggalkan aku

Kelakian ku ini benar-benar tercabar
Oleh si kekasih yang selama ini
Ku sanjung pekertinya

Terlukanya aku dengan keluarga mu
Mnerima ku ada pantangnya
Takdir yang mendatang
Kau anggap permainan
Seolah aku ini satu bebanan

Bagaikan api jauh dari panggang
Andai aku ini ternama dan berharta
Tak mugkin kau pergi tinggalkan aku
Kelakian ku ini benar-benar tercabar
Oleh si kekasih yang selama ini
Ku sanjung pekertinya

( Lagu : Saari Amri - Lirik : Azam Dungun )


Kerana TakdirNya

Bukan mudah untuk ku sisihkan
Kehadiran cinta tak diundang
Semakin ku cuba menepiskan
Semakin bertandang

Dalam diam tunasnya berputik
Dalam hati emakin berdetik
Rasa cinta semakin melimpah di kolam hati ku
Bagikan mabuk asmara
Di lambung ombak rindu ini
Sehingga ku hampir lemas di muara

Seumpama langit dan bumi
Perbezaan kita
Kerana takdirnya cinta yang bersemi
Dalam keresahan yang tiada bertepi
Ku nikmati cinta sesudah sengara

Hilang dendam timbul sayang berpanjangan
Untuk kita melayari bahtera hidup

Bagaikan langit dan bumi
Perbezaan kita
Kerana takdirnya cinta yang bersemi
Dalam keresahan yang tiada bertepi
Ku nikmati cinta sesudah sengara

Kini ku sedari ku sedang diuji
Untuk merasa kasih yang berarti
Hilang dendam timbul sayang berpanjangan
Untuk kita melayari bahtera hidup

( Lagu : - Lirik : )


Kita akan Dijemput

Dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi
Di saat itulah
Terlihat di mana tempat kita

Harus diingati kita hanya musafir
Yang didatangkan untuk sementara
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
Dijemput pulang
Dijemput pulang

( Lagu : - Lirik : )


<-- Previous Next -->
[ A ] [ A ] [ B ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1