Kuala Lumpur
Senyuman mu di pagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang
Di lebuhraya di papan tanda
Tergambar wajah mu
Dengan kalimah cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya
* :
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum dalam diam bergembira
MEmberis sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa
Berganding tangan kita berdua
Menyusuri jalan di tengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama
( Ulang Rangkap * )
Terima kasih ku ucapkan
Oh.. kepada mu
Kuala Lumpur kerana kau telah temukan
Cinta antara kami berdua
( Lagu : M. Nasir - Lirik : S. Amin Shahab )