Ini adalah mengenai Nilai Kasih Ibu.....................
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur, lalu mengulurkan selembar kertas yang tertulis sesuatu.
Si ibu segera mengulurkan tangan dan menyambut kertas yang diulurkan oleh anaknya, lalu membacanya.
Ongkos membantu ibu:
Tolong ke kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil mengeleng-ngeleng kepala. Si ibu mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Ongkos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Ongkos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Ongkos air mata yang menetes keranamu - PERCUMA
Ongkos kepunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Ongkos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh ibunya. Si anak menatap wajah ibunya, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pena dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang ditulisnya.